Isnin, 21 Disember 2015

Isu Rabecca bantai Perdana Menteri di dalam dan di luar negara. Benarkah?


Isu Rabecca bantai Perdana Menteri di dalam dan di luar negara. 
Itu bukan pertama kali. Rebecca memang selalu buat menghina Perdana Menteri pun dalam mana-mana speech dia. Dah banyak kali dah. Orang di Singapura dah pernah dengar, maybe dia berani di Singapura sebab husband dia orang Singapura yang terkenal anti Melayu dan anti kerajaan Malaysia. 

Rebecca lah yang menyalur info MITI kepada suami dia dan semua info MITI bocor ke tangan Singapura. Apa nak hairan itulah kerja Rebecca dah lama pun.

Kamu maybe tak pernah dengar, but i nak bagitahu satu contoh isu Altantunya. Rebecca terang-terang menyebut 'PM is a murderer"! 

Rebecca selalu bayangkan MITI is under her power. Sebab itulah di MITI Rebecca menjalankan dasar anti Melayu. You all can check how Malay officers suffered in MITI. So, dengan latar belakang seperti ini apa nak hairan jika Rebecca anti Melayu, anti PM Najib. 

Yang bangangnya ada orang terpedaya dengan kelicikannya. So dia diberilah anugerah jawatan KSU Kementerian yang begitu strategik. Cuba kamu pergi ke luar negara. Apa barang keluaran Melayu dan Halal yang MITI promosi di UK, USA, China, Taiwan dan Australia. Semua barang Cina yang menggunakan Cop Halal saja ! Mana ada barang Melayu Bumiputera!

Sekarang kamu beri dia gelaran Tan Sri. Semakin naik tocang lah dia. Sepatutnya dia disingkir saja dari KSU MITI. Macam tiada orang lain! Isu dia menghina PM Naib pun sudah masuk dalam Parlimen. Isu dia anti Kerajaan dan anti Melayu sudah diketahui semua pegawai-pegawai PTD Jusa tak Jusa. Ini pun Kerajaan masih tidak sedar-sedar !

Isu 11 pegawai-pegawai PTD kutuk kerajaan dalam group Wassap.
Apa sebenarnya latihan mereka dapat ne? Apa nilai Diploma pentadbiran mereka ne?. Apa punya bodoh bangang mereka mendedahkan rahsia tugas masing-masing dalam group Whatsapp. Paling bodoh perbuatan itu mereka lakukan di Pulau Pinang kubu pembangkang. So, memang elok sangat tindakan tatatertib kerana mendedahkan rahsia Kerajaan. Isunya, apa langkah JPA seterusnya untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku di kalangan penjawat awam?

Dalam isu 11 orang ini yang menarik ialah pegawai yang mendedahkan kandungan Whatsapp ini dari kumpulan Whatsapp yang sama. Pegawai ini Tikam bulat-bulat kawan-kawan dia dari belakang. Yang paling menyedihkan pegawai ini datang dari Jabatan Perdana Menteri iaitu Jabatan Bahagian Penyelidikan yang kononnya buat intelligence tahap gaban. Tapi apa punya bangang, latihan inteligent dari mana dia dapat bila dia menulis dalam media sosial pun mendedahkan kawan-kawannya. Pegawai dari bahagian Research  intelligence ini patut dibakar hidup-hidup atas kebodohannya. Kalau dia kat Syria dah direndam hidup-hidup dalam kolam dah !

Inilah jenis pegawai kerajaan yang bodoh, konon spy, tapi haprak punya spy. Apa kaki intelegint dia ada rakyat kita kena potong kepala di Filipina pun tidak ada info tepat. Last-last yang dapat mayat orang kita tukang sapu sampah! Mana Inteligent Bahagian Research Penyelidikan di JPM??? Apa kamu buat ? Tidur, cari betina, main golf, beli Mercedes, holiday pun semua guna duit pembayar cukai. Akhirnya yang terkorban hilang nyawa si pembayar cukai !

So, kepada Jabatan Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, kalau kamu spy kampongan, spy bodoh, elok tutup saja jabatan kamu. Membazir wang rakyat saja!

Isu G 25.
Dalam G25 ne ramai pegawai kerajaan pencen di situ. Persoalannya semasa kamu dalam Kerajaan kenapa kamu tak buat sehabis baik? Apa kamu buat? Separuh dari kamu orang Islam, nak kata bukan Melayu pun bukan. Hal khalwat dah elok dah JAKIM buat undang-undang untuk mencegahnya, kamu bikin pening satu negara nak halalkan khalwat dalam rumah. Ini Malaysia bukan Amerika. Di Amerika kamu bertelanjang bogel bertukar-tukar suami isteri dalam rumah pun takdak siapa kesah. Tapi ini Malaysia ada agama, ada tatasusila. Kamu memang jenis kutip pencen buta tak sedar diri!

Cukup dulu 3 isu besar ini. Selesaikan hal-hal seperti ini dulu. Jangan jadi Kitul. Kalau dah tahu terang-terang ada Kitul buanglah, tukarlah. 

Jangan juga jadi pak pandir, kalau dah tahu spy tahap kampong, buanglah, tutuplah jabatan tu. Polis kan ada. Tentera kan ada. Ini dah berjangkit anak-anak buah dia pun tak buat kerja, minta report dari agensi lain tukar word tukar font then emel semula kepada ketua dia. Jadi Jabatan Penyelidikan JPM jadi bodoh-sebodoh nya. Yang rugi Kerajaan dan nyawa rakyat Malaysia!

Isnin, 14 Disember 2015

Jabatan Research Department Jabatan Perdana Menteri Gagal Buat Kerja Inteligent, Bagus Tutup Saja !


Minggu ini saya tengok semua orang sibuk cakap pasal keselamatan. Bekas PM, Tun Mahathir pun banyak komen. Tidak apalah, biarlah banyak komen sebab ini Negara demokrasi bah. Jadi, saya dari Sabah pun mahu komen jugalah. Sebab yang selalu kena serang bukan di Semenanjung, tapi di Sabah. Jadi kebarangkalian ancaman lanun, pengganas dan sebagainya sebenarnya banyak di Sabah.

Sepatutnya kita semua buka mata luas-luas, jabatan keselamatan manakah yang paling gagal bekerja! Kita ambil contoh Sabah saja. Setiap tahun dua tiga kali kejadian kena culik. Baru-baru ini orang Sarawak kena bunuh. Ini serius bukan main-main punya cerita. Tahun 2012 dulu juga negeri Sabah kena serang oleh pengganas Sulu, ramai orang kita mati. Cuba kamu fikir  siapa sepatutnya handle isu-isu pencolekan dan serangan pengganas di Sabah? Adakah Polis, Tentera, APMM, Wisma Putra atau jabatan Research Department Jabatan Perdana Menteri?

Yang saya tahu, Polis kerja dia jaga keselamatan orang awam. Kalau Tentera kerja dia jaga keselamatan Negara. Kalau APMM kerja dia coast guard. Kalau Kementerian Luar kerja dia diplomatik. Saya pun buat google search. Sepatutnya isu-isu keselamatan ini lebih awal dibuat oleh satu jabatan yang dipanggil Jabatan Research Department. Cuba kamu google search ini jabatan.

Kalau ikut bacaan saya, sepatutnya Jabatan Research Department ini patut buat kerja awal. Cari maklumat awal. Kasi maklumat awal dua tiga bulan sebelum kejadian. Pasal mereka ada di seluruh dunia. Barangakali pegawai-pegawai Jabatan Research Department ini tidor saja atau sibuk main golf. Bukan boleh percaya dorang ini. Simple kidnap macam di Lahad Datu pun tidak boleh kasi selesai. Bikin rakyat tambah pening, hari-hari ini kita dapat wassap ini Sabah mahu diserang, konon sudah standby tentera Sulu tapi ini Jabatan tidak nampak pun kerja mereka. Bikin bazir saja pembayar cukai. Bagus ini Jabatan kasi tutup saja.


Dulu-dulu kita pernah kerja sama Australian army di Sabah, dia punya Jabatan Research sangat power sampai boleh duduk dalam hutan Sabah cari maklumat. Saya rasa ini Jabatan Research Department bikin ofis seluruh dunia bikin habis wang kerajaan sahaja. Bagus tutup. Pembunuhan Rakyat Malaysia baru-baru ini sebenarnya sangat serius. Bukan boleh main-main. Kamu boleh bayangkah kalau yang kena tembak hari itu pelancong Amerika atau pelancong China, memang teroklah ini Malaysia kena hantam sama dua-dua ini kuasa besar.

Jadi, kamu di Semenanjung sibuk cakap pasal keselamatanlah, saya pikir kamu semua tidak serius. Kali kamu mahu ini negara jadi macam di Perancis baru kamu buka mata. Ini jabatan Research Deaprtment ini memang gagal buat intelligent. Ini baru kumpulan pengganas Abu Sayap bertaraf kampung. Kalau pengganas yang betul-betul pengganas bom itu KLCC lagi lah dia tidak ada inteligent.

Jadi, saya pikir kalau ini Jabatan Research Department Jabatan Perdana Menteri tidak mampu buat kerja intelligent, bagus kasi serah saja itu kerja intelligent kepada PDRM atau Wisma Putra sahaja. Bikin apa bikin ofis seluruh dunia kalau berjoli saja banyak. Saya dikasitau mereka banyak joli saja, main golf, banyak tidur. Saya cadang kepada Kerajaan Persekutuan supaya ini Jabatan Research Departmen ini ditutup sajalah. Bikin membazir wang pembayar cukai saja. Fullstop!

Mr. Sabahan.

Kota Kinabalu.

Sabtu, 31 Oktober 2015

MB negeri Sembilan bantu Penjaja,, Majlis perbandaran TAwau bila lagi?

Kalau sebegini lah yang di amalkan oleh pihak pengurusan Majlis Perbandaran Tawau sudah pasti ekonomi penduduk-penduduk Tawau dapat di tingkatkan walau dengan hanya berjaja ataupun berniaga secara kecil-kecilan. Ianya akan dapat menyediakan sumber ekonomi kepada peniaga yang ada di sekitar daerah Tawau. Ianya juga akan merancakkan dan meningkatkan hasil pendapatan sesebuah PBT.

Seperti yang dapat saya perhatikan pihak berkuasa tempatan iaitu MPT sentiasa mengganggu peniaga-peniaga kecil yang sedang mencari makan dengan berniaga secara kecil-kecilan di tepi-tepi kedai dan di tepi-tepi jalan dengan menyita dan merampas semua barangan mereka.

Tidakkah pihak Majlis Perbandaran Tawau mempunyai satu idea yang kreatif untuk menangani permasalahan ini dalam situasi yang menang-menang diantara PBT dan peniaga yang di anggap haram.  PBT akan mendapat hasil kutipan dan peniaga pula akan berniaga dengan tenang tampa sebarang gangguan!!

Ironinya perkara sebegini tidak akan berlaku kerana apa yang saya dapat perhatikan mereka tak mahu memberikan peluang kepada peniaga-peniaga ini untuk mencari makan secara yang halal dan di restui oleh phak PBT. Peniaga yang dikatakan haram oleh MPT hanya mampu pasrah  walaupun risiko untuk mereka ditangkap sangat tinggi. Tetapi atas desakan hidup pekerjaan terpaksa di teruskan di dalam keadaan okonomi yang tidak menentu kini.





Alangkah indahnya jika PBT mempunyai perasaan yang sama dengan  apa yang dirasai oleh menteri Besar Negeri Sembilan. Memberikan peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu menambahkan perniagaan suami dan seterusnya melesenkan serta mendokumenkan semua peniaga ini .

 Apa yang dapat saya perhatikan kewujudan pasar-pasar malam telah mampu menggalakkan pelancungan dalaman dan ianya juga telah merancakkan ekonomi setempat dan yang paling penting peniaga-peniaga kecil mendapat pulangan dan seterusnya dapat menyara keluarga dan membiayai persekolahan anak-anak mereka.

Jika masih ada ruang ataupun sifat kemanusian yang dimiliki oleh pihak yang berwajib, fikirkanlah jalan yang terbaik dalam membantu mereka-mereka yang terlibat dalam situasi yang harmoni dan akan membuatkan semua pihak berasa menang dan puas dalam perkara ini.


Isnin, 28 September 2015

Hari bertemu pelanggan Majlis Perbandaran TAwau

Kepada rakan-rakan yang perihatin dan menghadapi masalah ketika berurusan dengan MPT anda dialu-alukan datang pada majlis  seperti di bawah:


Kongsikan lah apa saja yang masalah yang dihadapi  seperti :

Parit tersumbat, penjaja haram, penjual rokok haram, makanan haram yang tidak berdartar dengan Majlis Perbandaran Tawau.

Jumpa di sana

Isnin, 14 September 2015

Tapak niaga sementara di miliki Ahli Kaunselor Majlis Perbandaran Tawau, Betul kah?

Tawau Oh Tawau,

Semalam sempat lepak di salah sebuah kedai kopi ataupun kedai mamak yang agak popular yang ada di sekitar daerah Tawau. Dalam tengah minum bersendirian aku terdengar satu dailog dari meja sebalah yang berbunyi.

"hairan aku gerai-gerai dan tapak niaga sementara ada yang di miliki oleh "Kaunselor MPT". Senanglah kalau jadi ahli Majlis segala keputusan diputuskan oleh ahli majlis, Bermakna sendiri punya permohonan sendiri kasih lulus"

Adakah ini benar-benar terjadi , tunggu akan kupasan selanjutnya.

Jumaat, 21 Ogos 2015

APAKAH PERANAN ANDA DLM MEMBANTU PELAJAR TAWAU YG TERCICIR UTK KEMASUKAN KE UNIVERSITI

Semalam sempat menjejakkan  kaki kesebuah Bank yang berada di sekitar daerah Tawau. Tujuan sebenar hanya lah untuk memeriksa akaun saya yang sudah beberapa tahun tidak di "Up-date". Saya terjekt melihat akan keadaan Bank yang agak sesak. 

Dari pemerhatian kasar saya kebanyakkan yang ada  dan sedang berurusan adalah dari golongan remaja. Saya sempat bertanya kepada seorang adik yang sedang menunggu nomber giliran dan dia menyatakan sedang membuka akaun untuk pendaftaran ke universiti.  Saya sempat mengucapkan tahniah kerana tumpang gembira di atas pencapaian seorang melayu dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi.

Di samping kegembiraan yang di rasai oleh bakal geraduan tersebut terdapat banyak lagi pelajar yang tidak dapat mendaftarkan diri untuk belajar di universiti. Menurut pelajar berkenaan hanya 40 % sahaja dari pelajar sekelasnya yang dapat tawaran dan selebih nya gagal dalam permohonan mereka.

Dari statistik kasar sebegini, kemana kah arah 60 % pelajar yang gagal mendapatkan tempat di universiti tempatan? Apakah yang mereka harus lakukan setelah gagal dalam permohonan pertama? Adakah bantuan dari pihak-pihak yang berwajib dalam mengatasi permasalahan ini?

Di dalam perkara ini saya ingin menarik perhatian dari mereka-mereka yang mepunyai Jawatan yang berkaitan dengan pendidikan dan belia di daerah Tawau. Di dalam pendidikan Tawau memilih seorang Pembantu Menteri iaitu YAB Datuk Mary Yap,Ahli PArlimen Belia dan wakil belia di dalam PBT Tawau.

Apakah yang boleh kalian bantu para pelajar berkenaan untuk membolehakan mereka tidak tercicir dalam arus pendidikan negara? Apakah yang kalian boleh bantu dengan status dan keduduan yang kalian ada untuk membantu anak-anak Tawau?

Sesungguhnya mereka-mereka inilah yang bakal mentadbir Daerah Tawau ini di masa akan datang, jika tak di berikan peluang ataupun di berikan bantuan sudah pasti Daerah Tawau akan kerugian dari segi sumber manusia untuk memastikan TAwau menjadi sebuah daerah yang membangun dari segi pasaranah, ekonomi dan sosial.



Ahad, 9 Ogos 2015

BERAS NASIONAL , RESTORAN BESAR PUN GUNA UNTUK PERNIAGAAN

Seharian saya mencari Beras Nasional yang di katakan murah dan mendapat subsidi kerajaan. Dengan spesifikasinya 15 % beras hancur dan dengan harga yang tertera RM 18.00 pada setiap bungkusan  membuatkan ianya menjadi pilihan bagi mereka yang kurang mampu.

Timbul beberapa keburukan dan dan ketirisan dalam memastikan ianyanya betul-betul sampai kepada mereka yang memerlukan dan betul-betul layak di antaranya ialah:

1. Pihak PTI
mereka bekerja dimana-mana termasuk sektor pembinaan. cuba kamu check dapur mereka berapa banyak karung mereka beli dan dijual balik.

2. Restoran
Peniaga supermarket atau mini supermarket dengan terang-terang mengaku bahawa semua beras nasional yang ada sudah di tempah (booking) terutama dari pengusaha restoran. Dikatakan restoran India/kaling yang paling banyak menempa. Tapi restoran melayu dan cina pun tak terkecuali. Pernah saya makan di restoran cina dan stor simpanan beras semuanya jenama beras nasional. Benar atau tidak serbuan saja yang dapat membuktikan. Dikatakan juga bahawa peniaga menaikkan sebanyak 50 sen dan ke atas. Bermaksud beras dijual dari harga RM 18.50 dan ke atas.

3. Orang CIna kaya
Ini saya tak pasti tetapi merekapun tak terkecuali. Mereka dihantar terus ke rumah oleh pihak tertentu.

Jika kamu masuk ke kampung tertutama pitas, kudat, kota marudu dan mungkin kampung lain juga didapati mereka tak pernah menikmati kemudahan harga beras nasional. dikatakan bahawa setiap kali mereka ke kedai kesemua beras nasional sudahpun di tempa.

Mari kita bincangkan dan dan masukkan kesemua aduan berkaitan dengan beras nasional termasuk kaedah yang patut kerajaan laksanakan.

Sumber:disini

Jika sumber diatas adalah benar , apakah tindakan yang pihak berkuasa ambil kerana apa ayng kerajaan hasratkan tidak sampai kepada golongan yang disasarkan.


Selasa, 21 Julai 2015

Beza Jalan Apas dengan Jalan Merotai Tawau

Jalan Apas ialah ialah Jalan dari pusat bandar Tawau menuju ke Pekan Semporna di panggil "Jalan Apas". Jalam merotai pula ialah dari Pusat BAndar Tawau menuju ke Merotai di panggil "Jalan Merotai". Terdapat beberapa perbezaan ketara jika nak di bandingkan di antara kedua-dua jalan raya ini di antaranya ialah;

 Jalan Apas mempunyai dua lorong tetapi jalan merotai hanya mempunyai satu lorong sahaja. Keadaan ini menyebabkan kesesakan sering berlaku. Ini sangat menyukarkan penduduk yang sering berulang alik ke bandar.

Kemalangan juga sering terjadi kerana keadaan jalan Merotai yang agak sempit jika di bandingkan dengan Jalan Apas TAwau. Di tambah lagi dengan musim perayaan  
ianya tambah menyukarkan pengguna.

Masa perjalanan dapat di pendekkan jika melalui Jalan Apas jika di bandingkan dengan jarak yang sama di Jalan Merotai.

Dari segi politik pula  Parlimen Kalabakan telah di menangi oleh BN sejak ianya wujud lagi tetapi parlimen Tawau telah bertukar-tukar sejak beberapa penggal. Selalunya orang bilang jika keadaan politik stabil segala perancangan dapat di jalankan dengan senang tapi kini keadaan sudah sebalik nya.

Jalan merotai telah mengalami kepadatan penduduk sejak beberapa tahun kebelakangan ini ini termasuklah beberapa taman yang telah wujud  seperti Taman Ria, Wawasan, semarak dan selebihnya. Ini menunjukkan penduduk semangkin bertambah dan pengguna jalaraya pun semangkin bertambah.

Jadi dengan keadaan politik ynng sangat stabil di Kalabakan Jalan Tawau Merotai tak dapat di naik taraf sedangkan penduduk Apas sudah lama minikmati keadaan jalanraya yang selesa? 

Kalau ada kemahuan dari pemimpin pasti Jalan Merotai dapat di naik taraf ke dua lorong, memandangkan Sabah adalah "fix-deposit " kerajaan Barisan Nasional buktikan lah dan keluarkan lah sedikit "bunga" dari fix-deposit berkenaan untuk keselesaan pengguna jalan yang saban hari tertekan dengan kesesakan yang sering berlaku .


Rabu, 10 Jun 2015

"Maruah lain Jawatan lain- PAS Pulau Pinang ?



"Saya Ketua Menteri Pulau Pinang, Mereka kena berkhidmat atas arahan kerajaan negeri, Kalau sudah putuskan hubungan dengan DAP, saya adalah Setiausaha Agung DAP, saya harap mereka faham, macam mana boleh berkhidmat di bawah kerajaan  Pulau Pinang Ketua Menteri Pulau Pinang bila telah putuskan hubungan denga saya. Tak masuk akal. Itulah sebabnya mereka harus berami ambil tindakan susulan dengan meminta wakil-wakil PAS dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang meletak jawatan. Saya rasa hanya dengan menunjukkan sedemikian mereka bermaruah ini sekarang jadi soal maruah kepimpinan baru PAS. Bukan lah maruah ahli-ahli PAS maruah kepimpinan baru PAS."

Ibarat sayang anak tapi benci Pak dan mak mentua , ibarat  bencikan restoran mamak tapi sehari tak pekena nasi kandak mamak  umpama mandi tak basah tiduk tak boleh lena.

Mana pendirian pemimpin PASyang selalu mengutamakan agama dari segalanya, dari hari pembacaan saya hanya Mat Sabu saya yang begitu teguh pendirian nya terus meletakkan jawatan dalam semua jawatan yang di jawat nya dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Adakah mereka yang telah di berikan jawatan di dalam kerajaan negeri Pulau Pinag sanggup melakukan pengorbanan seperti Mat Sabu?. Pada saya maruah harus di letak belakang yang penting sekarang periuk nasi kena jaga. Bukan senang nak dapat jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Apa pun Perjuangan islam kena di utamakan. Biar maruah tergadai asal islam di tegakkan. Barlah di perlekeh oleh LGE asal segala matlamat tercapai.

Kalau lah arwah Nik Aziz masih ada tentunya dia akan gembira dengan perkembangan dan cabaran yang di buat oleh Saudara LGE .












Jumaat, 29 Mei 2015

Penguatkuasa MPT tidur !!!

Sudah hampir sepuluh tahun saya tidak menjejakkan kaki ke stesen Bas yang menjadi nadi kepada kepesatan pembangunan daerah Tawau. Jika dahulu disinilah tempat perjumpaan utama bersama rakan-rakan. Restoran yang suatu ketika dahulu menjadi tempat makan dan minum masih lagi wujud tapi kelihatan nya pengurusannya macam sudah berbeza.

Melihat akan senario panorama indah  dan pelbagai gelagat dari  mereka yang berada di situ , hati ku tertarik denga beberapa penjual rokok kretek haram yang berniaga secara terbuka. Dengan berbekal kan bangku dan meja mereka duduk dan mempamirkan rokok-rokok kretek jualan mereka.

 Agak senang dan menguntungkan kerana dari pemerhatian saya dalam tempoh 10 minit saja hampir 5 kotak rokok dapat di jual. Kalaulah untung setiap peket rokok bersamaan dengan RM 0.50 bermakna untung peniaga dalam setiap 10 minit ialah RM 5.00.  Huhhhhhhh sejam RM 60.00 !!!!

Setahu saya di setiap PBT akan ada pasukan pemantau ataupun penguatkuasa yang menyelaras semua aktiviti perniagaan . Kenapakah mereka ini bebas berniaga di kaki-kaki lima tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa?

Di manakah pihak berkuasa yang di upah untuk mengawal segala perniagaan haram  di daerah ini ?

Bersambung...........









Selasa, 14 April 2015

PRK P 44 Permatang Pauh, PR akan tewas!!

Pi Mai Pi Mai Tang tu, mungkin itu yang sesuai di gambarkan  dengar P 44 Parlimen Permatang Pauh. Dalam tempoh 1982 sehingga 2015 sudah 9 kali pilihanraya di adakan  termasuk yang akan berlansung tidak lama lagi kerana Anuar Ibrahim telah di sabitkan bersalah di Mahkamah dan  secara automatik kelayakan nya sebagai Ahli Parlimen terlucut.

Analisa ringkas yang dapat kita lihat  sejak Anuar Ibrahim menjadi Calon iaitu bermula pada tahun 1982 sehingga  1995 di atas tiket Umno iaitu 4 kali pilihan raya menunjukkan Anuar  menang kesemua Pertandingan  berkenaan. Yang menarik nya beliau mengalahkan Calon dari PAS pada 3 pilihanraya dan 1 mengalahkan calon DAP.


  1. 1982- Datuk Seri Anuar Ibrahim Menang dengan mejoriti  14,352 mengalahkan calon PAS  Zabidi Ali
  2. 1986-Datuk Seri Anuar Ibrahim menang dengan mejoriti 10,479 mengalahkan calon PAS Muhamad Sabu 
  3. 1990 Datuk Seri Anuar Ibrahim Menang dengan mejoriti 16,150 mengalahkan calon PAS MAhfus Omar
Jika di lihat dari ketiga-tiga keputusan pilihan raya ini , bermakna ada 13,660 ahli yang tegar dan sentiasa mengundi Calon daripada PAS.

Setelah Anuar di pecat dari UMNO kita lihat pula mejoritinya sebagai Calon PKR.

  1. 1999- Wan Azizah Wan Ismail menang mengalahkan Dato' Dr Ibrahim Saad dengan mejoriti 9,077
  2. 2004- Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menang mengalahkan Dato' Pirdaus Ismail dengan mejoriti 590.
  3. 2008- Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menang mengalahkan Dato' Pirdaus Ismail dengan mejoriti 13,388.
  4.  2008(k)- Datuk Seri Anuar Ibrahim menang mengalahkan Dato' Arif Syah Omar Syah dengan mejoriti 15,671
  5. 2013- Datuk Seri Anuar Ibrahim menang mengalahkan Dr.Mazlan Ismail dengan mejoriti 11,721.
Secara purata dari 5 kali pilihanraya yang di jalan kan PKR mempunyai kelebihan sebanyak 10,089 undi untuk mengalahkan calon Barisan nasional.

Data menunjukkan ada kira-kira 13,660 pengundi PAS yang sentiasa mengundi PAS . Kalaulah pengundi berkenaan bertukar arah dan mengundi BN pada pilihan raya kecil kali ini, PKR akan bungkus. Ini di kuatkan lagi dengan pendirian PKR ke atas enakmen Hudud yang baru di bentangkan di DUN Kelantan baru-baru ini.

Kita tunggu dan lihat Kesudahan nya.

Khamis, 9 April 2015

"Stateless" bertauliah di Sabah !!

Indahnya pemandangan di Sabah, mungkin itulah yang terlintas di fikiran setiap pengunjung, pelancong dan penduduk yang ada di negeri ini. Umum mengetahui Sabah menjadi tumpuan utama kepada pelancong-pelancong dari Korea dan Jepun dan beberapa negara Eropah untuk di kunjungi.

Kepada yang tidak pernah melihat situasi seperti gambar di atas, pelbagai persoalan yang mungkin akan timbul di benak fikiran mereka.! Perbagai andaian yang di buat . 

Siapa mereka ini? Adakah mereka anak yang tidak mempunyai Ibubapa? Adakah mereka mangsa kepada bencana alam?

Mereka ini ada lah golongan stateless yang banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Sabah. Mereka dapat di lihat di kawasan bandar-bandar utama iaitu,Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Kenapa di katakan stateless? Setahu saya mejoriti daripada mereka tidak punyai dokumen pengenalan diri  seperti kad pengenalan sebagai mana yang rakyat Malaysia miliki. Mereka juga tinggal dan menetap di kawasan pantai dan mejoritinya tinggal di atas air. DAn kebanyakkan dari mereka di lahirkan di Sabah

Kalau di lihat komuniti ini sudah bertambah dengan pesatnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  Kebanyakan dari mereka juga tidak mempunyai pendidikan yang formal seperti anak-anak sebaya mereka yang lahir di Malaysia dan punyai pengenalan diri.

Kemana hala tuju  mereka?

Tunggu kupasan selanjutnya.

Selasa, 31 Mac 2015

Bapak Budi generasi ke tiga dari ribuan "Stateless" di Sabah.

Sakka, bukanlah nama sebenar, di lahirkan di sebuah ladang kelapa sawit kira-kira 25 tahun yang lalu. Ayahnya merupakan seorang warganegara Indonesia dan menggunakan paspot Indonesia untuk berkerja dan tinggal sementara di negeri Sabah. Ibu nya pula merupakan seorang warganegara Philippines dari suku kaum Suluk dan telah tinggal menetap di Sabah hampir 30 tahun. 

(Hanya gambar hiasan)

Sakka merupakan anak pertama dari pada 10 orang adik beradik dan mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah kerajaan yang terletak di daerah Tawau. Seperti biasa kanak-kanak di Sabah mereka akan dapat pendidikan yang sama rata dengan warga tempatan. Bukan sahaja pendidikan yang sama rata mereka juga layak mendapat segala kemudahan yang sekolah berikan termasuk kasut, baju, seluar dan susu untuk murid sekolah.

Dengan hanya menggunakan Surat beranak atau lebih di kenali sebagai "Surat kelahiran" di kalangan orang-orang Sabah , ianya di gunakan sebagai dokumen pengenalan diri Sakka untuk apa-apa jua urusan yang di buat. Pernah suatu ketika, sewaktu budi berusia 12 tahun dia pernah cuba untuk mendaftar dan mendapatkan kad pengenalan Malaysia tapi malangnya permohonannya di tolak kerana dokumen sokongan nya tidak lengkap.
(Hanya gambar hiasan)

Kini Sakka sudah pun berumahtangga. Dia berkahwin dengan seorang warga Indonesia yang juga hanya pemegang surat beranak.  Hasil perkahwinan telah mendapatkan seorang zuriat lelaki yang di beri nama" Budi". Anak  yang baru di lahirkan tidak lansung mempunyai pengenalan diri. Maklum saja sewaktu dia masih dalam kandungan ibunya tidak pernah mengunjungi klinik kesihatan ibu dan anak untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

Kini Sakka dah di panggil dengan nama "Bapak Budi" sempena dengan nama anak pertamanya. Selalunya nama seseorang akan di panggil dengan nama anak pertama, itulah amalan yang selalu digunakan oleh golongan pekerja-pekerja Indonesia yang ada di Sabah.

Sekarang "Bapak Budi" semangkin tertekan dengan kelahiran anak nya yang lansung tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Bapak Budi hanya bekerja sebagai buruh di sebuah ladang kelapa sawit dan mereka di jadikan seperti hamba di bumi kelahiran mereka. Mana tidak nya mereka di bayar dengan  gaji yang sangat murah. Toke nya cakap " Kalau tilak mau keleya bilinti lah, atau kau macam-macam aku pangil polis." Mahu tidak mahu dia teruskan juga penghidupan walaupun tertindas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bapak Budi adalah salah seorang daripada puluhan ribu penduduk yang ada di Sabah bergelar "Stateless".  Mereka ini juga yang akan membayar GST yang akan di mulakan pada 1 april 2015. Mereka juga ini yang akan jadi seperti penjenayah kerana sentiasa takut dengan pihak berkuasa dan selalu di manipulasi oleh pihak-pihak yang mengambil kesempatan.

Apa yang membimbangkan penulis ialah telah ada generasi ketiga yang lahir di Sabah dan lansung tidak mempunyai pengenalan diri. Mereka ini bukan rakyat Indonesia, mereka bukan rakyat Philippines dan mereka juga bukan rakyat Malaysia. Sampai bila kah generasi "Bapak Budi" akan dapat di dokumen kan  atau di rekodkan bagi memudahkan pihak kerajaan memantau dan meguruskan perkara ini.

Generasi ke tiga statelees sudah di lahirkan tidak mustahil generasi seterusnya akan muncul dan ini tambah merumitkan pihak kerajaan untuk memantau dan menguruskan nya.

Salam dari "Bapak Budi".


Khamis, 12 Februari 2015

Tiada Wakil DUN Merotai dalam Kaunselor MPT sesi 2015-2016



Hari ini tercatat lagi satu lipatan sejarah untuk daerah Tawau. Bertempat di Hotel Emas Tawau, Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Tawau telah diadakan untuk sesi 2015-2016.


Beberapa muka lama telah di kekal kan dalam menganggotai ahli Majlis perbandaran Tawau  kali ini. Tidak kurang juga muka  baru telah di ketengahkan  untuk memantapkan pentadbiran Majlis seterusnya memberikan kemajuan buat Deerah Tawau. Yang menarik perhatian saya ialah lantikan untuk "quota" Belia. Ini sudah penggal kedua Belia di berikan peranan dan peluang untuk menyumbangkan tenaga dan idea dalam pentadbiran MPT.


"Buat apa hantar surat minta senarai calon bagi mewakili DUN  kalau tidak ada yang akan dipilih???!!!"

Saya tertarik dengan ungkapan diatas. Setelah saya selidiki memang tiada wakil dari DUN Merotai yang di lantik? Apakah kriteria utama untuk memilih seseorang kaunselor? Kenapa tiada wakil dari DUN N58 Merotai? Adakah ini deskriminasi kerana DUN ini bukan milik UMNO? Sejak dulu lagi perlantikan Kaunselor selalunya mewakili setiap DUN, ini memudahkan wakil setiap DUN menyampaikan apa-apa aktiviti ataupun kekurangan di kawasan mereka. 

                                   




Dengan ini di harap pihak yang bertanggunjawab dapat memperhalusi perkara ini  dengan sebaik nya. Jika perkara sebegini terus berlaku  akhirnya nanti perbalahan di kalangan parti komponen BN akan berlaku, akhirnya akan merugikan kerajaan yang memerintah. 




Sabtu, 7 Februari 2015

Harga barangan mahal alasan peniaga naikkan harga makanan

Dewasa ini kita sering terdengar isu penurunan harga minyak. Di mana-mana sahaja topik yang di bincangkan ialah penurunan harga minyak. Di awal tahun 2015 hampir 60 sen harga minyak di Malaysia telah diturunkan di pasaran jika di banding kan dengan tahun lalu.  Ini bermakna hampir 26 % harga minyak kerajaan telah turun kan.

Kalau dahulu ada segelintir peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga jualan mereka dengan alasan kenaikkan harga minyak. Harga minyak naik bermakna kos operasi mereka akan naik dengan serta merta. Pengguna terpaksa menerima hakikat walaupun cukup membebankan. Kini harga minyak dah turun hampir 26 % sejak tahun ini. Tapi ada peniaga yang menaikkan harga hampir 29 % harga makanan mereka!



Dalam konsep 1 Malaysia kita tidaklah mengamalkan sikap yang mementingkan diri sendiri ataupun sesuatu kaum dalam memilih ataupun memboikot peniaga yang menaikkan harga makanan dengan sewenang-wenang nya. Adakah kita patut berdiam diri dengan peniaga yang sebegini, adakah kita terus menyokong peniaga yang mengambil peluang atas kesempitan pelanggan?

Tidak di nafikan, bilang orang Tawau " tidak sukak jangan makan di sana", tapi persoalannya berapa ramai yang akan menjadi mangsa? berapa ramai orang Tawau yang akan terkena?

Sempat juga saya bertanya kepada pekerja di sana, " berapa gaji kamu.... " Kalau baru RM 500 tuan kalau sudah lama ada naik sikit".

Sebak di hati kerana bab untung mereka seakan mengambil peluang kepada mereka yang berduit, erti nya kalau mereka yang mampu mereka tak menghiraukan pasal harga tapi dalam konteks kebajikan pekerja mereka telah mengingkari pekeliling kerajaan yang mana telah mewajibkan gaji minima sebanyak RM 800 sebulan....

Hanya tulisan dan rujukan  peribadiku, tiada kenak-mengenak dengan hidup atau pun yang mati..

Saya tengah menikmati teh "O" ice sambil pekena roti nan di kedai ini sekarang.......

Selamat membaca....




Isnin, 19 Januari 2015

Pejabat JHEAIS Tawau ibarat kandang ayam


JHEAIS adalah satu jabatan yang memantau segala kegiatan yang melibatkan agama islam di Negeri Sabah. Ia menjadi tumpuan kepada umat islam terutamanya yang ingin berkahwin, berceraidan semua yang melibatkan hal-hal yang berkaitan islam.Di Tawau pejabat JHEAIS terletak berhampiran dengan  pejabat Majlis Perbandaran Tawau di Fajar Komplex.

 Apa yang ingin saya timbulkan di sini tentang lokasi dan keadaan pejabat JHEAIS Tawau. Ia terletak di Bangunan Leong Hua dan lokasi nya agak sukar di cari.
Beberapa kebimbangan telah di lontarkan oleh beberapa pihak sebelum ini diantaranya ialah (di sini )."Sedih bila melihatnya,siapakah yang patut kita salahkan dalam hal ini. Seringkali kami mendengar rungutan dari orang ramai yang tersesat ketika mencari di mana letaknya pejabat JHEAINS daerah Tawau. Ada yang terpaksa memanjat anak tangga untuk naik ke pejabat Parti Islam seMalaysia (PAS) kawasan Tawau di tingkat 3,kompleks Fajar semata-mata untuk bertanya kami di mana letaknya lokasi pejabat JHEAINS Tawau. Wahai tuan-tuan yang sedang duduk di bilik dingin.. fikir-fikirkan lah masalah rakyat ini.."


Pernah suatu masa dahulu saya membawa seorang yang berstatus mualaf ataupun saudara baru dari suku kaum cina untuk berurusan di pejabat ini. Beliau sangat terkejut dengan suasana pejabat yang begitu daif dan kekurangan dari segi kemudahan pejabat terkini. Keadaan pejabat agak sesak dan tidak teratur membuatkan orang yang berurusan berasa sangat tidak selesa. Pejabat ibarat pejabat dulu-dulu zaman Usno memerintah.

Islam adalah agama rasmi untuk Malaysia. Atas dasar itu kenapa lah tidak di buatkan satu pejabat yang moden sebagai melambangkan imej islam sebagai ugama rasmi Malaysia. Kenapa tiada dana yang diperuntukkan khas untuk pejabat agama.

 Mari lah umat islam yang ada di Tawau kita sama-sama membantu JHEAIS untuk meningkatkan imej Islam di mata penganut agama islam yang lain.  Jangan hanya menang sorak kampung tergadai. Ayoh kita tranformasikan imej islam di mata dunia........

Jumaat, 16 Januari 2015

Tersedia untuk di pikat, di tanggung halal

Kepada rakan-rakan yang merasakan diri anda layak, kini permohonan boleh di buat.  Terpulang kepada anda untuk menggunakan apa jua cara yang tidak menyalahi undang-undang kerana dia kini dah sah bergelar "solo"di sini


Jangan tunggu lama-lama.

Khamis, 15 Januari 2015

Persataun Bugis takut bersuara ?

Sebagai salah seorang anak Bugis generasi kedua yang ada di Sabah saya rasa terpanggil untuk mengetahui pendirian sebenar Persatuan Bugis aktif yang ada di Sabah. DI antara dua persatuan tersebut ialah PKBS dan PPRBM. Mengikut data RCI yang di bentangkan baru-baru ini, terdapat lebih 220 ribu orang bugis berdaftar sebagai warganegara yang menetap dan tinggal di Sabah. 

Secara ringkasnya saya ingin melontarkan persoalan kepada persatuan-persatuan Bugis yang ada di Sabah, apakah sumbangan persatuan dalam membantu masyarakat bugis, apakah peranan Persatuan dalam menuntut hak yang sama rata dengan masyarakat yang ada di Sabah.

Sepanjang pemerhatian saya , Persatuan banyak berdiam dalam apa jua keadaan yang melibatkan suku Bugis. Adakah persatuan takut , segan ataupun  jaga periuk sendiri dalam isu yang melibatkan Suku Bugis.



Di permulaan ini saya sangat-sangat dua persatuan ini dapat bersatu demi kepentingan bangsa. Buangkan lah yang keruh ambil lah jernih.


Catatan dari Sejarah Kedatangan Awal Bangsa Bugis Ke Sabah

Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.

Tahun 1840 dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan penerokaan Tawau oleh suku kaum Bugis. Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula di kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun menerokai kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk berulang-alik ke Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik kerajaan British ketika itu. Apapun, Ranggu diasaskan oleh nenek Penghulu K.K. Salim di Kampung Sungai Imam, Bombalai.

Kemudian seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam, Bombalai. Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada Kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.

Kemudian, beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan kawasan yang termasuk dalam tapak pembangunan Bandar Tawau. Antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman. (Muhd Firdaus Abdullah- 13 April 2018)

Rabu, 14 Januari 2015

Dua perkara yang berbeza tapi punyai ketinggian keperibadian dan moral yang sama?

Kedua-dua gambar ini dimuat naik dari link di bawah. Benarkah kejadian ini berlaku? Mohon penjelasan  dari pada yang sudi.







Pas akan berkembang menjadi PasMa- Benarkah?

Dulu UMNO sekarang dah jadi UMNO Baru, dulu Semangat 46 kini dah taubat dan jadi ahli UMNO semula. Dulu hanya PAS dan kini dah ada PasMa.



Akan banyak juga lah nanti Parti politik dan persatuan yang akan memperjuangkan islam. Dah baik-baik ada Pas kenapa nak tambah ke PAsMa? Adakah pemimpin-peminpin dalam Pas dah tak sehaluan, adakah dah wujud dua "geng" dalam Pas hingga terlahirnya PasMa? Dari kacamata saya saya sangat menyanjungi Pas yang ada sekarang. Pas dipimpin oleh Tuan guru Hj Hadi dan Tuan guru Nik Aziz. Apakah mereka berdua ini kurang memperjuangkan islam, apakah mereka ini kurang pengetahuan dalam berpolitik higgakan wujud satu kumpulan yang kurang berpuas hati ?

Tapi senario yang berlaku semasa banjir di Kelantan baru-baru ini sedikit menarik perhatian saya.  Kerjasama di antara Menteri Besar Kelantan dan Timbalan Perdana menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin sedikit memberi gambarankan akan adanya satu kerjasama yang baru!.


“Bagi saya ia masih lagi dalam ruang lingkup (memperkukuhkan) Pakatan Rakyat" katanya ketika dihubungiMalaysiakini petang ini.

Katanya, PasMa hanya dikira bersalah jika melanggar dasar parti dan pelaksanaannya dalam pertemuan dengan Lim yang juga setiausaha agung DAP. (Salahuddi Ayub-Malaysiakini)

Apapun kalau di katakan memperkukuhkan Parti mungkin tidak tepat, kerana ahli Pas akan terbahagi kepada dua. Akan wujudnya perpecahan di kalangan ahli. 

Senario ini saya rasakan akan memberikan sedikit kelebihan kepada UMNO!.

Apa sekalipun hanya ahli Pas yang boleh menentukan samada nak memilih Pas atau PasMa. Saya hanya mengharapkan agar tiada perpecahan di kalangan ahli-ahli dalam Pas dan kalau ini betul-betul terjadi ia sama sekali menguntungkan UMNO.



Lahad Datu Sabah.......

Ahad, 4 Januari 2015

Suratan Atau Kebetulan, Kisah Ladang Rakyat dan Pembalakan di kelantan?


BBCD : DAP Juga Bertanggungjawab Pembalakan Di Kelantan
Jan 03,2015 - by AIDC

Facebooker BBCD mendedahkan syarikat kepunyaan DAP juga turut bertanggungjawab dengan aktiviti pembalakan di Negeri Kelantan.

“Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming DAP yang juga Setiausaha DAP negeri Perak, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan yang telah mengakibatkan banjir di Kelantan yang paling teruk dalam sejarah.

“Adun DAP Sitiawan dan Ahli Parlimen DAP Beruas yang menang hasil pilihan orang Melayu itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.

“DAP melalui syarikat Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008,” dedah BBCD.

Pendedahan BBCD itu berdasarkan laporan Berita Harian bertarikh 22 Dis 2012 bertajuk “Projek pembalakan di Kelantan: Ngeh, Nga terbabit.”

Datuk Hamidah Osman, ketika itu Exco Kerajaan Perak berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata:


“Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi.”

Kor Ming enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.

Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.

Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.

Menurut blog topengrakyat, syarikat Upaya Padu Sdn Bhd adalah salah satu kroni Datuk Husam Musa yang merupakan exco paling kanan dalam Kerajaan Negeri Kelantan.

Husam merupakan pengerusi berkaitan dengan perancangan ekonomi, kewangan Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 2004 – 2013.

Menurut blog sungguhka asalnya tanah-tanah itu milik YIK, kemudian dipajakkan kepada tauke-tauke Cina termasuk syarikat Upaya Padu Sdn Bhd dengan tujuan atas kertas untuk ‘Projek Ladang Rakyat’

“Termasuklah 10,526 ekar (4,259 hektar) tanah hutan balak di Gua Musang yang dimiliki secara bersama oleh pemimpin bersaudara dari DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min melalui syarikat Upaya Padu Sdn Bhd.

“Selain syarikat milik pemimpin DAP itu, beberapa syarikat milik tauke Cina seperti Leong Hup Holding Sdn Bhd (LHH) turut menguasai pajakan tanah yang luasnya mencecah 10,095 ekar selama 99 tahun juga di Gua Musang.

“Manakala tanah seluas 7,500 ekar tanah Ladang Keruing Teknik yang asalnya milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Relai, Gua Musang juga kini telah dipajakkan kepada syarikat Suurban Sdn Bhd, milik tauke Cina dari Johor.


“Apapun, melihat pada pelbagai urusan pajakan dan pemilikan tanah yang banyak berkisar di kalangan tauke-tauke Cina sahaja, ternampak jelas Ladang Rakyat yang sinonim dengan gelaran Ladang Air Mata Rakyat ini wujud khusus untuk kepentingan para kroni Kerajaan PAS Kelantan sahaja. 

“Penguasaan tanah-tanah di Selatan Kelantan termasuklah di Ladang Rakyat oleh tauke Cina dari DAP dan Cina Singapura ini kian lama akan jadi umpama “Belanda dapat tanah”, hasil kekayaan yang sepatutnya untuk kepentingan pribumi akhirnya hanya menguntungkan orang lain sahaja,’ dedah blog itu

http://www.networkedblogs.com/p/12rlIh?ref=source

Selamat membaca.