Hari ini tercatat lagi satu lipatan sejarah untuk daerah Tawau. Bertempat di Hotel Emas Tawau, Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Tawau telah diadakan untuk sesi 2015-2016.
Beberapa muka lama telah di kekal kan dalam menganggotai ahli Majlis perbandaran Tawau kali ini. Tidak kurang juga muka baru telah di ketengahkan untuk memantapkan pentadbiran Majlis seterusnya memberikan kemajuan buat Deerah Tawau. Yang menarik perhatian saya ialah lantikan untuk "quota" Belia. Ini sudah penggal kedua Belia di berikan peranan dan peluang untuk menyumbangkan tenaga dan idea dalam pentadbiran MPT.
"Buat apa hantar surat minta senarai calon bagi mewakili DUN kalau tidak ada yang akan dipilih???!!!"
Saya tertarik dengan ungkapan diatas. Setelah saya selidiki memang tiada wakil dari DUN Merotai yang di lantik? Apakah kriteria utama untuk memilih seseorang kaunselor? Kenapa tiada wakil dari DUN N58 Merotai? Adakah ini deskriminasi kerana DUN ini bukan milik UMNO? Sejak dulu lagi perlantikan Kaunselor selalunya mewakili setiap DUN, ini memudahkan wakil setiap DUN menyampaikan apa-apa aktiviti ataupun kekurangan di kawasan mereka.
Dengan ini di harap pihak yang bertanggunjawab dapat memperhalusi perkara ini dengan sebaik nya. Jika perkara sebegini terus berlaku akhirnya nanti perbalahan di kalangan parti komponen BN akan berlaku, akhirnya akan merugikan kerajaan yang memerintah.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan