Kalau dahulu ada segelintir peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga jualan mereka dengan alasan kenaikkan harga minyak. Harga minyak naik bermakna kos operasi mereka akan naik dengan serta merta. Pengguna terpaksa menerima hakikat walaupun cukup membebankan. Kini harga minyak dah turun hampir 26 % sejak tahun ini. Tapi ada peniaga yang menaikkan harga hampir 29 % harga makanan mereka!
Dalam konsep 1 Malaysia kita tidaklah mengamalkan sikap yang mementingkan diri sendiri ataupun sesuatu kaum dalam memilih ataupun memboikot peniaga yang menaikkan harga makanan dengan sewenang-wenang nya. Adakah kita patut berdiam diri dengan peniaga yang sebegini, adakah kita terus menyokong peniaga yang mengambil peluang atas kesempitan pelanggan?
Tidak di nafikan, bilang orang Tawau " tidak sukak jangan makan di sana", tapi persoalannya berapa ramai yang akan menjadi mangsa? berapa ramai orang Tawau yang akan terkena?
Sempat juga saya bertanya kepada pekerja di sana, " berapa gaji kamu.... " Kalau baru RM 500 tuan kalau sudah lama ada naik sikit".
Sebak di hati kerana bab untung mereka seakan mengambil peluang kepada mereka yang berduit, erti nya kalau mereka yang mampu mereka tak menghiraukan pasal harga tapi dalam konteks kebajikan pekerja mereka telah mengingkari pekeliling kerajaan yang mana telah mewajibkan gaji minima sebanyak RM 800 sebulan....
Hanya tulisan dan rujukan peribadiku, tiada kenak-mengenak dengan hidup atau pun yang mati..
Saya tengah menikmati teh "O" ice sambil pekena roti nan di kedai ini sekarang.......
Selamat membaca....
Tiada ulasan :
Catat Ulasan