Isnin, 19 Januari 2015

Pejabat JHEAIS Tawau ibarat kandang ayam


JHEAIS adalah satu jabatan yang memantau segala kegiatan yang melibatkan agama islam di Negeri Sabah. Ia menjadi tumpuan kepada umat islam terutamanya yang ingin berkahwin, berceraidan semua yang melibatkan hal-hal yang berkaitan islam.Di Tawau pejabat JHEAIS terletak berhampiran dengan  pejabat Majlis Perbandaran Tawau di Fajar Komplex.

 Apa yang ingin saya timbulkan di sini tentang lokasi dan keadaan pejabat JHEAIS Tawau. Ia terletak di Bangunan Leong Hua dan lokasi nya agak sukar di cari.
Beberapa kebimbangan telah di lontarkan oleh beberapa pihak sebelum ini diantaranya ialah (di sini )."Sedih bila melihatnya,siapakah yang patut kita salahkan dalam hal ini. Seringkali kami mendengar rungutan dari orang ramai yang tersesat ketika mencari di mana letaknya pejabat JHEAINS daerah Tawau. Ada yang terpaksa memanjat anak tangga untuk naik ke pejabat Parti Islam seMalaysia (PAS) kawasan Tawau di tingkat 3,kompleks Fajar semata-mata untuk bertanya kami di mana letaknya lokasi pejabat JHEAINS Tawau. Wahai tuan-tuan yang sedang duduk di bilik dingin.. fikir-fikirkan lah masalah rakyat ini.."


Pernah suatu masa dahulu saya membawa seorang yang berstatus mualaf ataupun saudara baru dari suku kaum cina untuk berurusan di pejabat ini. Beliau sangat terkejut dengan suasana pejabat yang begitu daif dan kekurangan dari segi kemudahan pejabat terkini. Keadaan pejabat agak sesak dan tidak teratur membuatkan orang yang berurusan berasa sangat tidak selesa. Pejabat ibarat pejabat dulu-dulu zaman Usno memerintah.

Islam adalah agama rasmi untuk Malaysia. Atas dasar itu kenapa lah tidak di buatkan satu pejabat yang moden sebagai melambangkan imej islam sebagai ugama rasmi Malaysia. Kenapa tiada dana yang diperuntukkan khas untuk pejabat agama.

 Mari lah umat islam yang ada di Tawau kita sama-sama membantu JHEAIS untuk meningkatkan imej Islam di mata penganut agama islam yang lain.  Jangan hanya menang sorak kampung tergadai. Ayoh kita tranformasikan imej islam di mata dunia........

Tiada ulasan :

Catat Ulasan