Akan banyak juga lah nanti Parti politik dan persatuan yang akan memperjuangkan islam. Dah baik-baik ada Pas kenapa nak tambah ke PAsMa? Adakah pemimpin-peminpin dalam Pas dah tak sehaluan, adakah dah wujud dua "geng" dalam Pas hingga terlahirnya PasMa? Dari kacamata saya saya sangat menyanjungi Pas yang ada sekarang. Pas dipimpin oleh Tuan guru Hj Hadi dan Tuan guru Nik Aziz. Apakah mereka berdua ini kurang memperjuangkan islam, apakah mereka ini kurang pengetahuan dalam berpolitik higgakan wujud satu kumpulan yang kurang berpuas hati ?
Tapi senario yang berlaku semasa banjir di Kelantan baru-baru ini sedikit menarik perhatian saya. Kerjasama di antara Menteri Besar Kelantan dan Timbalan Perdana menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin sedikit memberi gambarankan akan adanya satu kerjasama yang baru!.
“Bagi saya ia masih lagi dalam ruang lingkup (memperkukuhkan) Pakatan Rakyat" katanya ketika dihubungiMalaysiakini petang ini.
Katanya, PasMa hanya dikira bersalah jika melanggar dasar parti dan pelaksanaannya dalam pertemuan dengan Lim yang juga setiausaha agung DAP. (Salahuddi Ayub-Malaysiakini)
Katanya, PasMa hanya dikira bersalah jika melanggar dasar parti dan pelaksanaannya dalam pertemuan dengan Lim yang juga setiausaha agung DAP. (Salahuddi Ayub-Malaysiakini)
Apapun kalau di katakan memperkukuhkan Parti mungkin tidak tepat, kerana ahli Pas akan terbahagi kepada dua. Akan wujudnya perpecahan di kalangan ahli.
Senario ini saya rasakan akan memberikan sedikit kelebihan kepada UMNO!.
Apa sekalipun hanya ahli Pas yang boleh menentukan samada nak memilih Pas atau PasMa. Saya hanya mengharapkan agar tiada perpecahan di kalangan ahli-ahli dalam Pas dan kalau ini betul-betul terjadi ia sama sekali menguntungkan UMNO.
Lahad Datu Sabah.......
Tiada ulasan :
Catat Ulasan