Isnin, 14 Disember 2015

Jabatan Research Department Jabatan Perdana Menteri Gagal Buat Kerja Inteligent, Bagus Tutup Saja !


Minggu ini saya tengok semua orang sibuk cakap pasal keselamatan. Bekas PM, Tun Mahathir pun banyak komen. Tidak apalah, biarlah banyak komen sebab ini Negara demokrasi bah. Jadi, saya dari Sabah pun mahu komen jugalah. Sebab yang selalu kena serang bukan di Semenanjung, tapi di Sabah. Jadi kebarangkalian ancaman lanun, pengganas dan sebagainya sebenarnya banyak di Sabah.

Sepatutnya kita semua buka mata luas-luas, jabatan keselamatan manakah yang paling gagal bekerja! Kita ambil contoh Sabah saja. Setiap tahun dua tiga kali kejadian kena culik. Baru-baru ini orang Sarawak kena bunuh. Ini serius bukan main-main punya cerita. Tahun 2012 dulu juga negeri Sabah kena serang oleh pengganas Sulu, ramai orang kita mati. Cuba kamu fikir  siapa sepatutnya handle isu-isu pencolekan dan serangan pengganas di Sabah? Adakah Polis, Tentera, APMM, Wisma Putra atau jabatan Research Department Jabatan Perdana Menteri?

Yang saya tahu, Polis kerja dia jaga keselamatan orang awam. Kalau Tentera kerja dia jaga keselamatan Negara. Kalau APMM kerja dia coast guard. Kalau Kementerian Luar kerja dia diplomatik. Saya pun buat google search. Sepatutnya isu-isu keselamatan ini lebih awal dibuat oleh satu jabatan yang dipanggil Jabatan Research Department. Cuba kamu google search ini jabatan.

Kalau ikut bacaan saya, sepatutnya Jabatan Research Department ini patut buat kerja awal. Cari maklumat awal. Kasi maklumat awal dua tiga bulan sebelum kejadian. Pasal mereka ada di seluruh dunia. Barangakali pegawai-pegawai Jabatan Research Department ini tidor saja atau sibuk main golf. Bukan boleh percaya dorang ini. Simple kidnap macam di Lahad Datu pun tidak boleh kasi selesai. Bikin rakyat tambah pening, hari-hari ini kita dapat wassap ini Sabah mahu diserang, konon sudah standby tentera Sulu tapi ini Jabatan tidak nampak pun kerja mereka. Bikin bazir saja pembayar cukai. Bagus ini Jabatan kasi tutup saja.


Dulu-dulu kita pernah kerja sama Australian army di Sabah, dia punya Jabatan Research sangat power sampai boleh duduk dalam hutan Sabah cari maklumat. Saya rasa ini Jabatan Research Department bikin ofis seluruh dunia bikin habis wang kerajaan sahaja. Bagus tutup. Pembunuhan Rakyat Malaysia baru-baru ini sebenarnya sangat serius. Bukan boleh main-main. Kamu boleh bayangkah kalau yang kena tembak hari itu pelancong Amerika atau pelancong China, memang teroklah ini Malaysia kena hantam sama dua-dua ini kuasa besar.

Jadi, kamu di Semenanjung sibuk cakap pasal keselamatanlah, saya pikir kamu semua tidak serius. Kali kamu mahu ini negara jadi macam di Perancis baru kamu buka mata. Ini jabatan Research Deaprtment ini memang gagal buat intelligent. Ini baru kumpulan pengganas Abu Sayap bertaraf kampung. Kalau pengganas yang betul-betul pengganas bom itu KLCC lagi lah dia tidak ada inteligent.

Jadi, saya pikir kalau ini Jabatan Research Department Jabatan Perdana Menteri tidak mampu buat kerja intelligent, bagus kasi serah saja itu kerja intelligent kepada PDRM atau Wisma Putra sahaja. Bikin apa bikin ofis seluruh dunia kalau berjoli saja banyak. Saya dikasitau mereka banyak joli saja, main golf, banyak tidur. Saya cadang kepada Kerajaan Persekutuan supaya ini Jabatan Research Departmen ini ditutup sajalah. Bikin membazir wang pembayar cukai saja. Fullstop!

Mr. Sabahan.

Kota Kinabalu.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan