Khamis, 9 April 2015

"Stateless" bertauliah di Sabah !!

Indahnya pemandangan di Sabah, mungkin itulah yang terlintas di fikiran setiap pengunjung, pelancong dan penduduk yang ada di negeri ini. Umum mengetahui Sabah menjadi tumpuan utama kepada pelancong-pelancong dari Korea dan Jepun dan beberapa negara Eropah untuk di kunjungi.

Kepada yang tidak pernah melihat situasi seperti gambar di atas, pelbagai persoalan yang mungkin akan timbul di benak fikiran mereka.! Perbagai andaian yang di buat . 

Siapa mereka ini? Adakah mereka anak yang tidak mempunyai Ibubapa? Adakah mereka mangsa kepada bencana alam?

Mereka ini ada lah golongan stateless yang banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Sabah. Mereka dapat di lihat di kawasan bandar-bandar utama iaitu,Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Kenapa di katakan stateless? Setahu saya mejoriti daripada mereka tidak punyai dokumen pengenalan diri  seperti kad pengenalan sebagai mana yang rakyat Malaysia miliki. Mereka juga tinggal dan menetap di kawasan pantai dan mejoritinya tinggal di atas air. DAn kebanyakkan dari mereka di lahirkan di Sabah

Kalau di lihat komuniti ini sudah bertambah dengan pesatnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  Kebanyakan dari mereka juga tidak mempunyai pendidikan yang formal seperti anak-anak sebaya mereka yang lahir di Malaysia dan punyai pengenalan diri.

Kemana hala tuju  mereka?

Tunggu kupasan selanjutnya.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan