Isnin, 19 Januari 2015

Pejabat JHEAIS Tawau ibarat kandang ayam


JHEAIS adalah satu jabatan yang memantau segala kegiatan yang melibatkan agama islam di Negeri Sabah. Ia menjadi tumpuan kepada umat islam terutamanya yang ingin berkahwin, berceraidan semua yang melibatkan hal-hal yang berkaitan islam.Di Tawau pejabat JHEAIS terletak berhampiran dengan  pejabat Majlis Perbandaran Tawau di Fajar Komplex.

 Apa yang ingin saya timbulkan di sini tentang lokasi dan keadaan pejabat JHEAIS Tawau. Ia terletak di Bangunan Leong Hua dan lokasi nya agak sukar di cari.
Beberapa kebimbangan telah di lontarkan oleh beberapa pihak sebelum ini diantaranya ialah (di sini )."Sedih bila melihatnya,siapakah yang patut kita salahkan dalam hal ini. Seringkali kami mendengar rungutan dari orang ramai yang tersesat ketika mencari di mana letaknya pejabat JHEAINS daerah Tawau. Ada yang terpaksa memanjat anak tangga untuk naik ke pejabat Parti Islam seMalaysia (PAS) kawasan Tawau di tingkat 3,kompleks Fajar semata-mata untuk bertanya kami di mana letaknya lokasi pejabat JHEAINS Tawau. Wahai tuan-tuan yang sedang duduk di bilik dingin.. fikir-fikirkan lah masalah rakyat ini.."


Pernah suatu masa dahulu saya membawa seorang yang berstatus mualaf ataupun saudara baru dari suku kaum cina untuk berurusan di pejabat ini. Beliau sangat terkejut dengan suasana pejabat yang begitu daif dan kekurangan dari segi kemudahan pejabat terkini. Keadaan pejabat agak sesak dan tidak teratur membuatkan orang yang berurusan berasa sangat tidak selesa. Pejabat ibarat pejabat dulu-dulu zaman Usno memerintah.

Islam adalah agama rasmi untuk Malaysia. Atas dasar itu kenapa lah tidak di buatkan satu pejabat yang moden sebagai melambangkan imej islam sebagai ugama rasmi Malaysia. Kenapa tiada dana yang diperuntukkan khas untuk pejabat agama.

 Mari lah umat islam yang ada di Tawau kita sama-sama membantu JHEAIS untuk meningkatkan imej Islam di mata penganut agama islam yang lain.  Jangan hanya menang sorak kampung tergadai. Ayoh kita tranformasikan imej islam di mata dunia........

Jumaat, 16 Januari 2015

Tersedia untuk di pikat, di tanggung halal

Kepada rakan-rakan yang merasakan diri anda layak, kini permohonan boleh di buat.  Terpulang kepada anda untuk menggunakan apa jua cara yang tidak menyalahi undang-undang kerana dia kini dah sah bergelar "solo"di sini


Jangan tunggu lama-lama.

Khamis, 15 Januari 2015

Persataun Bugis takut bersuara ?

Sebagai salah seorang anak Bugis generasi kedua yang ada di Sabah saya rasa terpanggil untuk mengetahui pendirian sebenar Persatuan Bugis aktif yang ada di Sabah. DI antara dua persatuan tersebut ialah PKBS dan PPRBM. Mengikut data RCI yang di bentangkan baru-baru ini, terdapat lebih 220 ribu orang bugis berdaftar sebagai warganegara yang menetap dan tinggal di Sabah. 

Secara ringkasnya saya ingin melontarkan persoalan kepada persatuan-persatuan Bugis yang ada di Sabah, apakah sumbangan persatuan dalam membantu masyarakat bugis, apakah peranan Persatuan dalam menuntut hak yang sama rata dengan masyarakat yang ada di Sabah.

Sepanjang pemerhatian saya , Persatuan banyak berdiam dalam apa jua keadaan yang melibatkan suku Bugis. Adakah persatuan takut , segan ataupun  jaga periuk sendiri dalam isu yang melibatkan Suku Bugis.



Di permulaan ini saya sangat-sangat dua persatuan ini dapat bersatu demi kepentingan bangsa. Buangkan lah yang keruh ambil lah jernih.


Catatan dari Sejarah Kedatangan Awal Bangsa Bugis Ke Sabah

Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Sejarah kedatangan suku kaum Bugis di Sabah (Tawau khususnya) berkaitan dengan sejarah penerokaan Tawau. Adalah dipercayai suku kaum ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16 lagi.

Tahun 1840 dijadikan sebagai fakta kukuh untuk menyatakan tempat permulaan penerokaan Tawau oleh suku kaum Bugis. Penempatan awal oleh suku kaum Bugis ini bermula di kawasan yang dikenali sebagai Ranggu. Ini bermakna suku kaum Bugis sudah pun menerokai kawasan Tawau dan menjadikan Ranggu sebagai salah satu destinasi untuk berulang-alik ke Indonesia menjadi pedagang dan membawa masuk pekerja buruh ke ladang-ladang milik kerajaan British ketika itu. Apapun, Ranggu diasaskan oleh nenek Penghulu K.K. Salim di Kampung Sungai Imam, Bombalai.

Kemudian seorang lagi bangsa Bugis dari kerabat diraja Bone bernama Petta Senong menetap di Sungai Imam, Bombalai. Usaha mereka ketika itu adalah sebagai orang upahan kepada Kerajaan Sulu untuk menghapuskan sebanyak mungkin lanun-lanun yang bergerak di perairan Laut Sulu, Borneo.

Kemudian, beberapa kawasan baru terus diterokai oleh suku kaum Bugis dan kawasan yang termasuk dalam tapak pembangunan Bandar Tawau. Antara suku kaum Bugis yang terlibat dalam penerokaan bandar Tawau ialah Puang Ado, Daeng Mappata, Wak Neke, Wak Gempe dan Haji Osman. (Muhd Firdaus Abdullah- 13 April 2018)

Rabu, 14 Januari 2015

Dua perkara yang berbeza tapi punyai ketinggian keperibadian dan moral yang sama?

Kedua-dua gambar ini dimuat naik dari link di bawah. Benarkah kejadian ini berlaku? Mohon penjelasan  dari pada yang sudi.







Pas akan berkembang menjadi PasMa- Benarkah?

Dulu UMNO sekarang dah jadi UMNO Baru, dulu Semangat 46 kini dah taubat dan jadi ahli UMNO semula. Dulu hanya PAS dan kini dah ada PasMa.



Akan banyak juga lah nanti Parti politik dan persatuan yang akan memperjuangkan islam. Dah baik-baik ada Pas kenapa nak tambah ke PAsMa? Adakah pemimpin-peminpin dalam Pas dah tak sehaluan, adakah dah wujud dua "geng" dalam Pas hingga terlahirnya PasMa? Dari kacamata saya saya sangat menyanjungi Pas yang ada sekarang. Pas dipimpin oleh Tuan guru Hj Hadi dan Tuan guru Nik Aziz. Apakah mereka berdua ini kurang memperjuangkan islam, apakah mereka ini kurang pengetahuan dalam berpolitik higgakan wujud satu kumpulan yang kurang berpuas hati ?

Tapi senario yang berlaku semasa banjir di Kelantan baru-baru ini sedikit menarik perhatian saya.  Kerjasama di antara Menteri Besar Kelantan dan Timbalan Perdana menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin sedikit memberi gambarankan akan adanya satu kerjasama yang baru!.


“Bagi saya ia masih lagi dalam ruang lingkup (memperkukuhkan) Pakatan Rakyat" katanya ketika dihubungiMalaysiakini petang ini.

Katanya, PasMa hanya dikira bersalah jika melanggar dasar parti dan pelaksanaannya dalam pertemuan dengan Lim yang juga setiausaha agung DAP. (Salahuddi Ayub-Malaysiakini)

Apapun kalau di katakan memperkukuhkan Parti mungkin tidak tepat, kerana ahli Pas akan terbahagi kepada dua. Akan wujudnya perpecahan di kalangan ahli. 

Senario ini saya rasakan akan memberikan sedikit kelebihan kepada UMNO!.

Apa sekalipun hanya ahli Pas yang boleh menentukan samada nak memilih Pas atau PasMa. Saya hanya mengharapkan agar tiada perpecahan di kalangan ahli-ahli dalam Pas dan kalau ini betul-betul terjadi ia sama sekali menguntungkan UMNO.



Lahad Datu Sabah.......

Ahad, 4 Januari 2015

Suratan Atau Kebetulan, Kisah Ladang Rakyat dan Pembalakan di kelantan?


BBCD : DAP Juga Bertanggungjawab Pembalakan Di Kelantan
Jan 03,2015 - by AIDC

Facebooker BBCD mendedahkan syarikat kepunyaan DAP juga turut bertanggungjawab dengan aktiviti pembalakan di Negeri Kelantan.

“Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming DAP yang juga Setiausaha DAP negeri Perak, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan yang telah mengakibatkan banjir di Kelantan yang paling teruk dalam sejarah.

“Adun DAP Sitiawan dan Ahli Parlimen DAP Beruas yang menang hasil pilihan orang Melayu itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.

“DAP melalui syarikat Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008,” dedah BBCD.

Pendedahan BBCD itu berdasarkan laporan Berita Harian bertarikh 22 Dis 2012 bertajuk “Projek pembalakan di Kelantan: Ngeh, Nga terbabit.”

Datuk Hamidah Osman, ketika itu Exco Kerajaan Perak berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata:


“Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi.”

Kor Ming enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.

Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.

Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.

Menurut blog topengrakyat, syarikat Upaya Padu Sdn Bhd adalah salah satu kroni Datuk Husam Musa yang merupakan exco paling kanan dalam Kerajaan Negeri Kelantan.

Husam merupakan pengerusi berkaitan dengan perancangan ekonomi, kewangan Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 2004 – 2013.

Menurut blog sungguhka asalnya tanah-tanah itu milik YIK, kemudian dipajakkan kepada tauke-tauke Cina termasuk syarikat Upaya Padu Sdn Bhd dengan tujuan atas kertas untuk ‘Projek Ladang Rakyat’

“Termasuklah 10,526 ekar (4,259 hektar) tanah hutan balak di Gua Musang yang dimiliki secara bersama oleh pemimpin bersaudara dari DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min melalui syarikat Upaya Padu Sdn Bhd.

“Selain syarikat milik pemimpin DAP itu, beberapa syarikat milik tauke Cina seperti Leong Hup Holding Sdn Bhd (LHH) turut menguasai pajakan tanah yang luasnya mencecah 10,095 ekar selama 99 tahun juga di Gua Musang.

“Manakala tanah seluas 7,500 ekar tanah Ladang Keruing Teknik yang asalnya milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Relai, Gua Musang juga kini telah dipajakkan kepada syarikat Suurban Sdn Bhd, milik tauke Cina dari Johor.


“Apapun, melihat pada pelbagai urusan pajakan dan pemilikan tanah yang banyak berkisar di kalangan tauke-tauke Cina sahaja, ternampak jelas Ladang Rakyat yang sinonim dengan gelaran Ladang Air Mata Rakyat ini wujud khusus untuk kepentingan para kroni Kerajaan PAS Kelantan sahaja. 

“Penguasaan tanah-tanah di Selatan Kelantan termasuklah di Ladang Rakyat oleh tauke Cina dari DAP dan Cina Singapura ini kian lama akan jadi umpama “Belanda dapat tanah”, hasil kekayaan yang sepatutnya untuk kepentingan pribumi akhirnya hanya menguntungkan orang lain sahaja,’ dedah blog itu

http://www.networkedblogs.com/p/12rlIh?ref=source

Selamat membaca.


Sabtu, 3 Januari 2015

Minyak turun 30 sen Yassin Curry House Tawau naikkan harga makanan hampir 29 % !

Hari ni seperti biasa saya dan rakan-rakan akan menghabiskan waktu yang terluang di kedai-kedai kopi yang terkenal di sekitar daerah Tawau. Di waktu pagi sekitar jam lapan pagi sarapan utama kami ialah mee tahu yang terletak di Batu 3 Jalan Apas Tawau.

Tepat jam 11 pagi kami berpindah ke restoran Yassin Curry House yang terletak berhampiran bangunan perseketuan Tawau. Keadaan agak sedikit panas dan kami mengambil keputusan untuk duduk di dalam bilik yang berhawa dingin bagi memberikan sedikit keselesaan . Seperti biasa kami memesan makanan kebiasaan kami di antaranya ayam masak madu, roti kosong, Nasi Beriani ayam dan Nasi Beriani Kambing. Seperti biasa makanan memang sedap menepati citarasa kami  hinggakan tak sedar makanan yang kami pesan habis, (Bilang orang TAwau "LICIN")

Setelah lama duduk  salah seorang kawan kami memanggil pelayan restoran untuk mengira makan yang telah kami pesan.
Alangkah terkejutnya kami melihat bil yang di tunjukkan. Ayam madu yang dulunya hanya 5.50 ringgit kini dah 6.50 ringgit kenaikan hampir 18 %, Nasi Beriani kambing yang dulunya hanya 8.50 ringgit kini dah 11.00 ringgit kenaikan hampir 29 % dan nasi Beriani Ayan dulu 7.50 ringgit kini 8.50 ringgit kenaikan hampir 13 %.

Saya terus bertanya kepada pelayan tersebut , "kenapa dah mahal" dia menjawab, "ini encik barang ada mahal, kambing manyak mahal kalu, worang kerja pun mau bayar, ercon pu mau bayar". Saya terus mengeluarkan duit terus mebayar tanpa banyak tanya lagi. Sambil menunggu baki duit saya ,saya sempat bertanya kepada seorang budak pengumpul piring kosong, " Dik berapa gaji kamu disini" budak itu menjawab "kalau baru 550 ringgit dan kalau dah lama boleh dapat lebih". Oh terimakasih dek. Kami pun keluar setelah mengambil baki duit yang di beri oleh pelayan.

Kenapa kah harga makanan di naik kan hingga mencapai 29 %, walhal kerajaan baru saja menurunkan harga minyak yang menjadi alasan peniaga menaikkan harga makanan suatu masa dulu. Adakah pihak yang berwajib tidak menyedari perkara ini sedangkan ia mula menaikan harga pada waktu kerajaan menurunkan harga minyak.

Perkerja restoran tak di kuatkuasakan gaji minima kah, setahu saya gaji minima dah diwajibkan lepada semua majikan berkuatkuasa 1-1-2014?

Kalau semua pihak menaikkan harga sebegini apalah nasib kami rakyat marhain yang tersepit dengan semua kenaikkan..Fikir-Fikir lah