Sudah agak lama saya tidak keluar dan berkongsi apa yang saya pernah lihat akan kejadian-kejadian yang berlaku di depan mata terutama sekali di Negeri Sabah yang tercinta ini. Di pendekkan cerita, di hari yang penuh dengan rahmat ini saya ini berkongsi satu cerita yang agak menarik untuk di renungkan terutama sekali kepada mereka-mereka yang hidup di dunia kepura-puraan demi untuk memenuhi nafsu dan keinginan diri yang begitu tinggi dan keegoan diri sendiri yang tak dapat dikawal.
Saya ada seorang kawan karib sejak dari sekolah rendah lagi yang sentiasa ingin bergaya terutamanya dari segi penampilan diri . Berumur awal 40 an mempunyai 3 orang anak. Berpendapatan dalam lingkungan RM 3000- RM 3500 yang merupakan orang yang layak untuk menerima bantuan kerajaan iaitu BR1M akan tetapi akan keegoan nya yang sangat tinggi dia menolak untuk mendaftar diri di LHDN dan seterusnya menolak untuk tidak menerima BR1M dengan alasan banyak lagi orang lain yang memerlukan.
Mempunyai sebuah kereta pacuan 4 X 4 berjenama Toyota Vigo yang baru di beli kira-kira setahun yang lalu dan bayaran bulanan sebanyak RM 1200. Membayar ansuran pinjaman peribadi Bank Rakyat sebanyak RM 500 sebulan iaitu pinjaman peribadi untuk deposit pembelian kereta dan melancung ke Bali serta membeli talipon bimbit berjenama yang berharga lebih dari RM 2000 . RM 500 untuk bayaran sewa rumah di sebuah taman yang agak terkenal, RM 350 untuk kos minyak selama sebulan. RM 500 di gunakan untuk pembelian barang-barang dapur. Jika di kira perbelanjaan wajib nya pada setiap bulan ianya sudah berjumlah RM 3050 dan jika di tolak pendapatan bersih dengan perbelanjaan wajib setiap bulan ianya hanya tinggal RM 450 dan sisa ini lah yang di gunakan untuk perbelanjaan anak ke sekolah, riadah dan pembayaran utiliti seperti air letrik talipon dan sebagainya.
Begitulah keadaan nya setiap bulan umpama gali lubang dan tutup lobang, kerana rasa keegoan yang sangat tinggi segalanya di lalui walaupun keadaan sangat susah, tetapi diharungi dengan penuh kesabaran sehinggakan dahi semangkin hitam dek kerana memikirkan pebelanjaan yang tidak mencukupi semasa di bilik tidur.
Berbeza degan seorang kawan yang mempunyai pendapatan yang sama seperti diatas. Hanya mengunakan kereta jenama Malaysia iaitu My V yang telah habis di bayar kira kira sebulan yang lalu. Mengunakan talipon bimbit berjenama Samsung yang di beli dengan harga RM 700 secara tunai, mempunyai tiga buah rumah dengan bayaran bulanan sebanyak RM 1500 sebulan. Hidupnya agak selesa, dan sentiasa mempunyai duit yang cukup untuk berbelanja dan sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian, tiada hutang kecuali bayaran bank untuk tiga buah rumah. Dua dari tiga rumah berkenaan di sewakan dengan kadar RM 500 sebulan , bermakna hasil sewaan dua rumah berkenaan ialah RM1000 . Dalam kata lain dia hanya mengunakan sebanyak RM 500 dari duit gaji untuk bayaran rumah dan selebihnya beliau gunakan bayaran sewa untuk bayaran bulanan.
Jika di rumuskan dari dua situasi di atas ,ternyata yang bergaya dan mempunyai hutang keliling pinggang dan hidup dengan kemewahan yang palsu dengan pendapatan yang sekadar cukup makan tetapi berlagak seakan orang kaya akan sangat membebankan bukan saja dari segi kewangan tapi dari segi kesihatan dan kelihatan agak sedikit tau kerana asyik memikirkan hutang yang seakan tak tertanggung hinggakan ada yang hitam dahi kerana asyik memikir keadaan ekonomi yang selalu tidak mencukupi.
Walaupun hanya mengunakan kereta jenama Malaysia yang tidak mempunyai hutang, kehidupan mereka ini agak tenang dek kerana, tiada hutang, boleh menyimpan wang setiap bulan di ASB, mempunyai harta kekal sebanyak tiga buah rumah walaupun belum habis di bayar dan tiada masalah kewangan kerana perbelanjaan nya sentiasa berhemah, hanya berbelanja yang perlu sahaja dan boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa saja bila di perlukan tapa meminta simpati dari sesiapa.
Kesimpulannya , janganlah berbelanja jika ianya bukan di tahap kemampuan dan sentiasa berjimat dalam apa jua keadaan. Ukur baju di badan sendiri dan jangan aysik menyalahkan orang lain di atas kekurangan diri sendiri.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan