Ahad, 5 Mac 2017
Benarkah Flet PPR di sewakan pada pihak ke 3 ?, MPT apa tidakan anda?
Flet PPR adalah satu inisiatif kerajaan yang sangat murni untuk membantu golongan-golongan yang sangat memerlukan rumah kediaman yang selesa kepada golongan yang memerlukan. Ianya juga dapat megurangkan kadar jenayah yang statistiknya begitu tinggi terjadi di perkampungan setinggan terutama jenayah dan penyalah gunaan dadah.
Terdapat tiga Flet PPR yang ada di daerah Tawau diantaranya ialah Flet PPR Semarak,Flet PPR KAmpung Titingan,Flet Sri Apas dan Flet Sri Balung dan yang sedang dalam pembinaan ialah Flet PPR Gudang 4. Jiga di hitung kerajaan telah menyediakan rumah PPR dengan kadar sewa yang sangat berpatutan dan terdapat kira-kira 3000 ke 4000 rumah untuk golongan yang tidak mampu untuk memiliki rumag sendri.
Jika di lihat dari jumlah rumah flet PPR yang ada, ianya adalah mencukupi jika ianya di berikan kepada mereka yang layak dan tidak mampu , akan tetapi dengan jumlah yang ada , ianya seakan tidak mencukupi untuk meanpung permintaan yang sangat tinggi dari golongan yang memerlukan rumah PPR di daerah Tawau.
Apakah faktor yang membuatkan Flet PPR ini tidak dapat menampung golongan yang memerlukan. HAsil pemerhatian kasar saya di setiap Flet yang ada Kawasan Flet berkenaan di penuhi dengan kenderaan pelbagai jenama termasuk yang mempunyai kuasa kuda 2000 cc dan ke atas. Jika di lihat dari kelayakan seseorang yang menerima BR1M,. seseorang yang mempunyai kereta melebihi 2000 cc dan keatas adalah tidak layak untuk menerima BR1M apalagi memiliki dan tinggal di rumah PPR yang sememangnya untuk golongan yang memerlukan.
Ramai yang mendapat rumah PPR ini menyewakan dengan pihak ketiga dengan sewa diantara 250 ke 450 ringgit sebulan, ini bermakna mereka mendapat untung atas angin dengan sewa yang di berikan kepada pihak yang ketiag.
Kenapa semua ini terjadi? Ini adalah kerana pihak yang di berikan tanggungjawab untuk menyelaras dan menentukan siapa yang jayak di berikan terlepas pandang akan perkara ini.
Tidak lama lagi Flet PPR Gudang 4 akan siapa dan di harap pihak PBT yang di pertanggungjawabkan dapat memilih mereka-mereka yang layak sahaja secara telus dan cadangan saya semua penama yang dapat perumahan tersebut di wartakan di surat khabar tempatan bagi memudahkan rakyat setempat membuat bantahan kepada penama yang tidak layak untuk memiliki perumahan tersebut.
Diharapkan PBT akan lebih telus di dalam menangani masalah ini agar hanya mereka yang benar-benar memerlukan yang di berikan keutamaan untuk menyewa kediaman tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan