Sabtu, 24 September 2016

"Calok" dalang utama kemasukkan PATI ke Tawau !!




Sejak kebelakangan ini heboh di perkatakan kemasukkan pati melalui lorong tikus masuk ke daerah Tawau yang menjadi tumpuan warga Indonesia yang  ingin memperbaiki ekonomi diri dan keluarga masing-masing. Dengan Video dan berdurasi dalam sebelas minit, memaparkan bagaimana Pti dapat lolos dengan senangnya dan memasuki perairan Malaysia dan seterusnya masuk ke Tawau.

Ramai yang menyalahkan pihak berkuasa terutamanya Pihak Polis yang menjaga perairan Negara apalagi di dalam video berkenaan terdapat audio yang menyatakan "Polis Malasia senang di sogok!! dan terbukti Pati ada di mama-mana di daerah Tawau ini.

Di dalam video berkenaan, ada beberapa kali perkataan "Pengurus" di sebut oleh PATI yang ingin memasuki Tawau. Bagi yang asing dengan perkataan ini sudah tentunya menganggap perkataan ini  atau sebutan ini menjurus kepada jawatan tertentu, sebagai contoh Pengurus Bank, Pengurus Kedai dan macam-macam lagi.

Sebenarnya Pengurus jika diterjemahkan di dalam pemahaman PAti ialah, mereka yang mengatur dan mengurus perjalanan PArti dari Indonesia menuju ke destinasi yang hendak di tuju di Malaysia  sebagai contohnya Daerah Tawau.

Pengurus juga di kenali sebagai "Calok" oleh kebanyakkan warga PATI dan di kalangan orang-orang yang berada di pintu masuk utama perairan Tawau. Para "calok" mengenakan upah pengurusan seperti yang tersebut dan terlihat di dalam video yang sudah tersebar luas. " Di tanggung beres sampai Tawau, endak ada kitak tau, semua sudah di atur".

Para "Calok" yang menjadikan kerjaya ini sepenuh masa mempunyai mempunyai rangkaian yang sanagt luar diantara mereka yang berada di MAlaysia dan Indonesia. Dengan memiliki peralatan komunikasi yang canggih menjadikan segala urusan dapat di jalankan dengan licin dan sempurna.

Ketika ini kita sebagai rakyat Malaysia hanya menuding jari kepada pihak berkuasa dengan kemasukkan PATI tanpa memikirkan dan mencari apakah punca sebenar kebanjiran PATI dan kemasukkan dengan mudah mereka ke Malaysia. Sedangkan pihak berkuasa sudah bertungkus lumus dan bekerja 24 jam sehari untuk memastikan PATI tak bolos dengan senang. MAlangnya perkara sebegini sentiasa berlaku dan terus berlaku.

Jadi apakah peranan kita sebagai warga Tawau yang perihatin dalam memastikan calok tidak bermaharajalela. Apakah peranan kita dalam meastikan PATI dan barang-barang seludup tidak berada di daerah Tawau?

Saya akan kupaskan di entry seterusnya.

















Ahad, 14 Ogos 2016

Kos Pondok Bas RM 70 ribu sebuah benarkah? Hanya Presiden MPT saja yang tahu!!



Satu lagi usaha yang di anggap baik oleh warga Tawau dengan mendirikan pondok-pondok bas untuk kegunaan penduduk yang berada di sekitar daerah Tawau. Jika di lihat dari segi reka bentuknya ianya melihatkan akan kemodenan sesuai dengan warga Tawau yang sedang menuju kewawasan 2020 tidak berapa lama lagi.




Tahukah anda berapa jumlah sebenar pembinaan setiap pondok bas seperti gambar di atas.   Menurut satu sumber yang boleh di percayai ianya menelan kos sehingga RM 70 ribu untuk setiap pondok bas yang di bina, benarkah, sahihkah hanya ahli Konsular Majlis perbandaran Tawau sahaja yang tahu.








Jumaat, 29 Julai 2016

Majlis Perbandataran Tawau, yang ber imej baru




Tahun 2016 merupakan satu lembaran baru buat Majlis Perbandaran Tawau dengan Presiden yang baru serta persekitaran yang baru.

Orang Tawau bilang kalau mau tahu akan budaya Tawau datanglah ke Majlis Perbandaran Tawau sudah pastinya anda akan memahami budaya serta keramahan orang Tawau.

Seperti sedia maklum, sejak terbinanya bangunan ini ianya tidak banyak perubahan yang berlaku terutama struktur bangunan tersebut. Kalau masuk ketandas , ianya masih kekal sepeti ianya mula-mula di bina dan ciri-ciri asal tetap di kekal kan.

Kalau ke kauter pertanyaan pula ianya tidak ubah seperti sebuah akuarium ikan  dan di isi dengan beberapa kakitangan yang sememangnya sibuk.. sibuk berwhataap sambil melayan pelanggan yang hadir.

Kalau di lihat dari hiasan dalaman pejabat, semuanya hampir sama dengan 10 tahun yang lalu kecualilah pejabat Presiden Majlis Perbandaran Tawau yang kelihatan ala-ala pejabat yang berada di Putra Jaya.

Mungkin ada baiknya Bangunan MPT di jadikan Muzium Tawau sebab ciri-ciri sebuah Muzium yang antik sudah ada hanya tunggu ianya benar-benar ataupun diiktiraf sebagai sebuah Muzium yang terdaftar dengan Jabatan Muzium Negara.



Jumaat, 17 Jun 2016

Pembeli tertipu di Pasar Ikan Tawau, Salah Majlis Perbandaran Tawau kah?




Terbaca satu pos di wall seorang rakan FB tentang ketidak puasan hatinya ketika berkunjung dan membeli di Pasar Ikan Tawau. Menurut nya dia di maki dengan kata-kata yang tidak menyenangkan dari seserang yang ada di dalam gambar di bawah. 

Ini bukan lah kejadian pertama berlaku di Pasar besar Tawau dan ada banyak lagi kejadian tetapi ianya hanya di dengar melalui mulut ke mulut dan bukan nya melalui bahan bertulis sebegini daripada orang awam terutamanya yang sering berurusan serta membeli ikan di pasat Besar Tawau.

" Selalunya kalau beli ikan pembeli memang tak boleh pilih dan terpaksa terima saja apa yang penjual beri walaupun dalam keadaan yang tidak segar. Kadang-kadang pula ikan yang di pamirkan di bahagian depan cantik dan seakan hidup dan sangat segar , tetapi apabila kita bersetuju membelinya penjual akan mengambil ikan di bahagian bawah dan di bahagian belakang menyebabkan ikan yang kita terima tidak sama dengan apa yang di pamerkan."



Keluhan pembeli sila baca.


Setuju atau tidak ini memang hakikat yang di tanggung bila membeli ikan di Pasar Besar Tawau. "Ada penjual yang berlagak macam samseng kalau tanya tidak beli marah,, kalau mau pilih maah dan kalau mintak kurang pun marah"

Apa yang dapat saya perhatikan pemantau ataupun Pegawai MPT ada memantau pada setiap waktu pejabat tetapi masalah seperti ini tidak dapat dielakkan tetapi semangkin menjadi-jadi sehinggakan ramai pengunjung terutamanya wanita fobia untuk membeli ikan di sana.

Ada ini tanggungjawab MPT untuk meguatkuasakan undang-undang atau di gubal satu undang-undang kecil dan di pamirkan di setiap meja penjaja iaitu:


1) Boleh pilih sendiri

2) Pamirkan nombor talipon penjual untuk memudahkan            pembeli buat aduan
3) Pamirkan identiti penjual termasuk nombor kad                        pengenalan .

Mungkin ini dapat mengurangkan kes-kes sebegini berlaku terutama di kalangan pembeli wanita.





Jumaat, 10 Jun 2016

Jom, kutip derma untuk pembinaan mahkamah Syariah Tawau.




Sedih ,hiba dan  sebak terasa dada bila membaca tulisan yang tersiar  di media sosial "facebook berkenaan dengan penutupan tergesa-gesa Mahkamah Syariah Bandar Tawau. Mana tidaknya segala keputusan yang berkait dengan islam di laksanakan di pejabat ini dan kini ianya seakan anak tiri di dalam, sebuah Negara Islam dan negeri yang di perintah oleh orang islam.

Dakwaan sesetengah pihak ianya seperti terlepas pandang tapi tahukah anda setelah lama Sabah merdeka di dalam malaysia jabatan-jabatan ugama yang ada di daerah Tawau tak ada bangunan sendiri dan hanya menyewa premis-premis pejabat sahaja.

Kenapa perkara sebegini seakan terbiar dan terpinggir, atau segelintir orang yang bertanggungjawab sudah lupa akan tanggungjawab yang telah di amanahkan.

Di bulan puasa yang mulia ini marilah kita sesama umat islam di daerah Tawau memungut derma bagi menampung kos pembinaan bangunan mahkamah ini. Orang Tawau ada lebih kurang  >100 ribu, kalau sorang derma 10 ringgit sudah pastinya pungutan akan mencapai 100 ribu ringgit dan sudah pastinya ianya dapat menampung pembinaan bangunan Mahkamah Syariah yang menjadi keagungan dan kebanggaan umat islam yang ada di daerah Tawau.

Isnin, 16 Mei 2016

MRSM Tun Mustapha Tawau tiada air, sebabkan pelajar hilang tumpuan







Demi ilmu dan demi masa depan yang cemerlang semua ini bukan lah halangan bagi pelajar-pelajar MRSM Tun Mustapa Tawau. Kebanyakkan masa mereka di isi dengan mengangkat air untuk mandi dan membasuh pakaian.

Semenjak krisis air yang berlaku, semua ini ialah rutin biasa yang terpaksa di lalui oleh setiap pelajar samada yang baru dan yang memang sudah lama iaitu mengangkat air untuk keperluan seharian.

“ Saya dalam sehari hanya sekali mandi  dan ada kalanya tidak mandi lansung  dan ini menyebabkan pembelajaran harian saya terganggu kerana banyak aktiviti harian yang dilakukan untuk mengurus air.”  “ Baju pun terpaksa di guna dua atau tiga kali kerana tidak dapat di cuci kerana ketiadaan air” kata seorang pelajar yang saya temui.

Jika keadaan ini berterusan ianya sudah pasti akan mengganggu proses pembelajaran  keseluruhan murid yang  menimba ilmu di sekolah ini  dan sudah pasti ianya akan menjejaskan prestasi akedemik murid dan pencapaian MRSM TAwau.

Dalam keadaan sebegini pun pihak sekolah terutama guru-guru dan pentadbir sekolah masih lagi berusaha dan memberikan mutu pembelajaran yang terbaik kepada murid demi memartabatkan dan meningkatkan pencapaian murid yang menuntut di  sekolah ini.

Adalah di harapkan pihak yang berwajib terutamanya pihak Jabatan Air tawau mengambil berat akan situasi ini iaitu ketiadaan bekalan air di sekolah ini demi meastikan anak-anak yang belajar selesa dan seterusnya  dapat menumpukan perhatian semasa pembelajaran.


Pemimpin setempat juga hendaklah sentiasa memantau dan melihat secara serius akan masalah ketiadaan bekalan air bersih di MRSM Tawau dan seterusnya menyelesaikan permasalahan yang di hadapi.

Jumaat, 29 April 2016

Tandas Majlis Perbandaran Tawau ada bau yang menyegarkan !!!







Tahniah MPT kerana kerana mengeluarkan notis amaran kepada premis perniagaan yang ada di perbandaran Tawau. 

Baru-baru ini saya sempat berkunjung ke MPT di atas sedikit urusan . Tidak dapat di nafikan banyak perubahan telah di lakukan termasuk khidmat kaunter yang sememangnya banyak berubah kepada yang baik. Kaunter pun semuanya berpenghuni dan mereka melayan pelanggan dengan penuh mesra dan profesional selaran dengan apa yang sering di laungkan.

Saya terkejut apabila masuk ke dalam tandas yang terletak di lobby MPT. sangat busuk, dan ianya tak terurus. Ianya masih sama dengan keadaan 10 tahun lalu dan sekarang.

Sebagai tempat yang sering di kunjungi pelanggan dan orang awam sudah sepatutnya tandas MPT di naik taraf sebab ianya melambangkan imej jabatan berkenaan.

Jangan pula terlalu menjaga premis perniagaan di luar tetapi lupa akan kebersihan di dalam bangunan MPT.


Sekadar pendapat.

MP Tawau , turun-turunlah tengok rakyat, jangan hanya duduk KL, lupa orang Tawau




Terbaca satu entri di dada FB group Pedas akan senario yang berlaku di DUN Merotai, ianya kini menjadi isu dari parti  yang mempunyai hampir 75 pengundi kawasan berkenaan akan tetapi ADUN yang mewakili kawasan itu di katakan hanya mendapat rahmat dari Undi terpaksa penduduk di situ.

Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah berkenaan satu Kawasan Parlimen di daerah Tawau ini yang sedikit sebanyak kes nya seakan sama dengan DUN Merotai cuma yang membezakan ialah satu DUN dan satu lagi Parlimen.

Kalau pengundi setia Barisan Nasional Tawau dapat lihat banyak Taman-taman yang rata-ratanya di duduki oleh kaum sebangsa dengan ahli Parlimen ini telah di sediakan dengan pagar-pagar keselamatan di sekeliling taman. Taman permainan di naik Taraf dan pulau-pulau di sepanjang jalan telah di naik taraf. Ini sememangnya tanggungjawab Ahli Parlimen  untuk memajukan kawasan mereka.

Akan tetapi banyak kampuang-kampung melayu yang mejoritinya di duduki oleh orang melayu di bawa kawasan nya telah di pinggirkan. Sebagai contoh kenapa di kawasan setinggan yang sering berlaku jenayah tidak di ambil berat, seperti mendirikan pagar dan sebagai nya,? Kenapa kawasan yang rata-ratanya melayu seperti Taman Sri Indah tidak didirikan Pagar bagi mencegah berlakunya kejadian jenanyah?

Lebih mengecewakan setelah menang di PRU 13, Ahli Parlimen ini  agak susah dilihat turun di kawasan melayu apalagi merasmikan serta melawat sekolah-sekolah kerajaan yang berada di bawah pentadbiran nya.

Jadilah MP yang berperanan dan bekerja untuk semua kaum janganlah asyik menumpukan pada orang yang sudah kaya dan berada sehingga lupa masih ramai yang memerlukan bantuan dan perhatian terutamanya mereka yang tinggal di Kampung.

Ubah lah sebelum kenak ubah kerana tiada guna memilih MP yang hanya mementingkan diri sendiri  dan kaum kerabat.