Demi ilmu dan demi masa depan yang cemerlang semua ini bukan
lah halangan bagi pelajar-pelajar MRSM Tun Mustapa Tawau. Kebanyakkan masa
mereka di isi dengan mengangkat air untuk mandi dan membasuh pakaian.
Semenjak krisis air yang berlaku, semua ini ialah rutin
biasa yang terpaksa di lalui oleh setiap pelajar samada yang baru dan yang
memang sudah lama iaitu mengangkat air untuk keperluan seharian.
“ Saya dalam sehari hanya sekali mandi dan ada kalanya tidak mandi lansung dan ini menyebabkan pembelajaran harian saya
terganggu kerana banyak aktiviti harian yang dilakukan untuk mengurus
air.” “ Baju pun terpaksa di guna dua
atau tiga kali kerana tidak dapat di cuci kerana ketiadaan air” kata seorang pelajar yang saya temui.
Jika keadaan ini berterusan ianya sudah pasti akan mengganggu
proses pembelajaran keseluruhan murid
yang menimba ilmu di sekolah ini dan sudah pasti ianya akan menjejaskan
prestasi akedemik murid dan pencapaian MRSM TAwau.
Dalam keadaan sebegini pun pihak sekolah terutama guru-guru
dan pentadbir sekolah masih lagi berusaha dan memberikan mutu pembelajaran yang
terbaik kepada murid demi memartabatkan dan meningkatkan pencapaian murid yang
menuntut di sekolah ini.
Adalah di harapkan pihak yang berwajib terutamanya pihak
Jabatan Air tawau mengambil berat akan situasi ini iaitu ketiadaan bekalan air
di sekolah ini demi meastikan anak-anak yang belajar selesa dan seterusnya dapat menumpukan perhatian semasa
pembelajaran.
Pemimpin setempat juga hendaklah sentiasa memantau dan
melihat secara serius akan masalah ketiadaan bekalan air bersih di MRSM Tawau
dan seterusnya menyelesaikan permasalahan yang di hadapi.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan