Jumaat, 29 April 2016
MP Tawau , turun-turunlah tengok rakyat, jangan hanya duduk KL, lupa orang Tawau
Terbaca satu entri di dada FB group Pedas akan senario yang berlaku di DUN Merotai, ianya kini menjadi isu dari parti yang mempunyai hampir 75 pengundi kawasan berkenaan akan tetapi ADUN yang mewakili kawasan itu di katakan hanya mendapat rahmat dari Undi terpaksa penduduk di situ.
Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah berkenaan satu Kawasan Parlimen di daerah Tawau ini yang sedikit sebanyak kes nya seakan sama dengan DUN Merotai cuma yang membezakan ialah satu DUN dan satu lagi Parlimen.
Kalau pengundi setia Barisan Nasional Tawau dapat lihat banyak Taman-taman yang rata-ratanya di duduki oleh kaum sebangsa dengan ahli Parlimen ini telah di sediakan dengan pagar-pagar keselamatan di sekeliling taman. Taman permainan di naik Taraf dan pulau-pulau di sepanjang jalan telah di naik taraf. Ini sememangnya tanggungjawab Ahli Parlimen untuk memajukan kawasan mereka.
Akan tetapi banyak kampuang-kampung melayu yang mejoritinya di duduki oleh orang melayu di bawa kawasan nya telah di pinggirkan. Sebagai contoh kenapa di kawasan setinggan yang sering berlaku jenayah tidak di ambil berat, seperti mendirikan pagar dan sebagai nya,? Kenapa kawasan yang rata-ratanya melayu seperti Taman Sri Indah tidak didirikan Pagar bagi mencegah berlakunya kejadian jenanyah?
Lebih mengecewakan setelah menang di PRU 13, Ahli Parlimen ini agak susah dilihat turun di kawasan melayu apalagi merasmikan serta melawat sekolah-sekolah kerajaan yang berada di bawah pentadbiran nya.
Jadilah MP yang berperanan dan bekerja untuk semua kaum janganlah asyik menumpukan pada orang yang sudah kaya dan berada sehingga lupa masih ramai yang memerlukan bantuan dan perhatian terutamanya mereka yang tinggal di Kampung.
Ubah lah sebelum kenak ubah kerana tiada guna memilih MP yang hanya mementingkan diri sendiri dan kaum kerabat.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan