Khamis, 12 Februari 2015

Tiada Wakil DUN Merotai dalam Kaunselor MPT sesi 2015-2016



Hari ini tercatat lagi satu lipatan sejarah untuk daerah Tawau. Bertempat di Hotel Emas Tawau, Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Tawau telah diadakan untuk sesi 2015-2016.


Beberapa muka lama telah di kekal kan dalam menganggotai ahli Majlis perbandaran Tawau  kali ini. Tidak kurang juga muka  baru telah di ketengahkan  untuk memantapkan pentadbiran Majlis seterusnya memberikan kemajuan buat Deerah Tawau. Yang menarik perhatian saya ialah lantikan untuk "quota" Belia. Ini sudah penggal kedua Belia di berikan peranan dan peluang untuk menyumbangkan tenaga dan idea dalam pentadbiran MPT.


"Buat apa hantar surat minta senarai calon bagi mewakili DUN  kalau tidak ada yang akan dipilih???!!!"

Saya tertarik dengan ungkapan diatas. Setelah saya selidiki memang tiada wakil dari DUN Merotai yang di lantik? Apakah kriteria utama untuk memilih seseorang kaunselor? Kenapa tiada wakil dari DUN N58 Merotai? Adakah ini deskriminasi kerana DUN ini bukan milik UMNO? Sejak dulu lagi perlantikan Kaunselor selalunya mewakili setiap DUN, ini memudahkan wakil setiap DUN menyampaikan apa-apa aktiviti ataupun kekurangan di kawasan mereka. 

                                   




Dengan ini di harap pihak yang bertanggunjawab dapat memperhalusi perkara ini  dengan sebaik nya. Jika perkara sebegini terus berlaku  akhirnya nanti perbalahan di kalangan parti komponen BN akan berlaku, akhirnya akan merugikan kerajaan yang memerintah. 




Sabtu, 7 Februari 2015

Harga barangan mahal alasan peniaga naikkan harga makanan

Dewasa ini kita sering terdengar isu penurunan harga minyak. Di mana-mana sahaja topik yang di bincangkan ialah penurunan harga minyak. Di awal tahun 2015 hampir 60 sen harga minyak di Malaysia telah diturunkan di pasaran jika di banding kan dengan tahun lalu.  Ini bermakna hampir 26 % harga minyak kerajaan telah turun kan.

Kalau dahulu ada segelintir peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga jualan mereka dengan alasan kenaikkan harga minyak. Harga minyak naik bermakna kos operasi mereka akan naik dengan serta merta. Pengguna terpaksa menerima hakikat walaupun cukup membebankan. Kini harga minyak dah turun hampir 26 % sejak tahun ini. Tapi ada peniaga yang menaikkan harga hampir 29 % harga makanan mereka!



Dalam konsep 1 Malaysia kita tidaklah mengamalkan sikap yang mementingkan diri sendiri ataupun sesuatu kaum dalam memilih ataupun memboikot peniaga yang menaikkan harga makanan dengan sewenang-wenang nya. Adakah kita patut berdiam diri dengan peniaga yang sebegini, adakah kita terus menyokong peniaga yang mengambil peluang atas kesempitan pelanggan?

Tidak di nafikan, bilang orang Tawau " tidak sukak jangan makan di sana", tapi persoalannya berapa ramai yang akan menjadi mangsa? berapa ramai orang Tawau yang akan terkena?

Sempat juga saya bertanya kepada pekerja di sana, " berapa gaji kamu.... " Kalau baru RM 500 tuan kalau sudah lama ada naik sikit".

Sebak di hati kerana bab untung mereka seakan mengambil peluang kepada mereka yang berduit, erti nya kalau mereka yang mampu mereka tak menghiraukan pasal harga tapi dalam konteks kebajikan pekerja mereka telah mengingkari pekeliling kerajaan yang mana telah mewajibkan gaji minima sebanyak RM 800 sebulan....

Hanya tulisan dan rujukan  peribadiku, tiada kenak-mengenak dengan hidup atau pun yang mati..

Saya tengah menikmati teh "O" ice sambil pekena roti nan di kedai ini sekarang.......

Selamat membaca....