Selasa, 9 Disember 2014

Malaysia ibarat "Sanggar panas"

Semalam saya baru balik dari ibu negara Kuala Lumpur. keindahan nya memang tiada tandingan  jika di bandingkan dengan tempat di mana saya dilahirkan dan di besarkan iaitu Tawau Bumi Peladang. Kaki masih terasa lenguh dan batang leher masih terasa sakit dek kerana melihat bangunan-bangunan pencakar langit yang tersergam indah dan di hiasi dengan lampu-lampu neon yang begemerlapan. Mataku juga masih terasa pedas dan merah kerana terlalu memerhati gelagat anak-anak remaja dan cara mereka berpakaian yang bagiku sangat asing jika di bandingkan dengan kampung ku yang saya cintai.

Sedikit persoalan yang bermain di kotak fikiran ku sehingga kini ialah kebanjiran warga asing yang ada di ibu negara. Mereka telah menguasai semua sektor pekerjaan seperti, pelayan kedai kopi, gedung-gedung membeli belah, pencuci dan segala macam pekerjaan  yang ada di ibu negara ini. HAti ku bertanya lagi, kenapa semua ruang-ruang pekerjaan ini diisi oleh mereka,? 





Sebagai contoh di kampung ku ada lima peniaga kecil yang menjual pisang goreng atau lebih di kenali sebagai sanggar. Daalam kesemua peniaga tersebut hanya satu saya yang sering mendapat permintaan tinggi dan apabila saya bertanya kepada pembeli , apakah yang menyebabkan mereka sanggup berbaris untuk membeli di situ sedangkan ada lagi peniaga yang lain????? Dengan bangganya mereka berkata sanggar disini sedap, panas dan sentiasa memenuhi kehendak kami sebagai penggemar pisang goreng atau pun sanggar.

Kesimpulan nya di sini walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang kecil jika di bandingkan dengan negara asia yang lain, ia juga memberikan peluang kepada penduduk tempatang dan warga asing dalam mencari rezeki di bumi MAlaysia. Siapa yang bijak dan rajin merebut peluang maka mereka lah yang dapat ganjaran nya. Walaupun apa yang di kata tentang MAlaysia hati ku tetap berkata MAlaysia adalah segalanya, Malaysia adalah lubuk emas untuk semua. Saya mendoa kan semoga MAlaysia terus aman makmur dan sentosa di bawah pemerintahan kerajaan yang sedia ada kini.

Tanpa aku sedari aku juga sudah boleh menentukan status kewarganegaraan seseorang bukan saja melalui mata tapi melalui  pernafasan saya juga boleh menentukan nya walaupun tidak 100 % tepat....he.hehe..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan