Rabu, 17 Disember 2014

Dilema Yang Berhormat.

YB= Yang Berhormat adalah seorang yang di pilih melalui pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum di setiap negeri yang ada di Malaysia. Lazimnya piliharaya ini di adakan sekuarng-kurangnya lima tahun sekali. LAzim nya pemilihan calon YB untuk setiap kawasan di pilih melalui masyuarat Parti negeri. Ketua bahagian ataupun ketuan cabang akan menyenaraikan nama -nama yang layak untuk mewakili rakyat di kawasan mereka.

Untuk menang dalam sesuatu pilihanraya, calon hendaklah turun ke akar umbi untuk menerangkan kepada pengundi  kenapa harus memilih dia sebagai wakil rakyat untuk kawasan mereka. Waktu ini lah kita melihat calon-calon wakil rakyat akan datang kesetiap pelusuk kampung tak mengira siang ataupun malam. Pantang ada dengar musibah YB akan terus ketempat kejadian. Tidak kurang juga janji-janji di taburkan sekiranya calon tersenut berjaya dan menang dalam pilihanraya.


Setelah menang  segalanya pun masih seperti sebelum pilihanraya. Lawatan kesetiap kampung di buat. Tidak kurang juga dengan kenduri kesyukuran di adakan di setiap surau di kawasan mereka. dan ucapan terimakasih kepada yang telah memilih nya .

Setelah setahun berlalu segalanya nampak berubah, YB mula tidak tinggal di daerah di mana mereka menang dalam pilihan raya, YB sudah mula tidak dapat hadir di majlis-majlis kenduri terutamanya kendiri kahwin, YB sudah tidak dapat merasmikan acara-acara rasmi yang di jalankan oleh pihak sekolah.

 Terkadang YB hanya menghantar wakil saja untuk acara di kawasan yang di menangi nya. RAkyat dah mula mengeluh dengan apa yang di janjikan semasa sebelum pilihanraya. YB hanya melihatk kemajuan kawasan nya melalui laporan yang diberikan oleh pekerja DUN. akibatnya banyak laporan yang di berikan tidak tepat dengan kejadian sebenar.

Besambung....


Tiada ulasan :

Catat Ulasan