Rabu, 17 Disember 2014

Dilema Yang Berhormat.

YB= Yang Berhormat adalah seorang yang di pilih melalui pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum di setiap negeri yang ada di Malaysia. Lazimnya piliharaya ini di adakan sekuarng-kurangnya lima tahun sekali. LAzim nya pemilihan calon YB untuk setiap kawasan di pilih melalui masyuarat Parti negeri. Ketua bahagian ataupun ketuan cabang akan menyenaraikan nama -nama yang layak untuk mewakili rakyat di kawasan mereka.

Untuk menang dalam sesuatu pilihanraya, calon hendaklah turun ke akar umbi untuk menerangkan kepada pengundi  kenapa harus memilih dia sebagai wakil rakyat untuk kawasan mereka. Waktu ini lah kita melihat calon-calon wakil rakyat akan datang kesetiap pelusuk kampung tak mengira siang ataupun malam. Pantang ada dengar musibah YB akan terus ketempat kejadian. Tidak kurang juga janji-janji di taburkan sekiranya calon tersenut berjaya dan menang dalam pilihanraya.


Setelah menang  segalanya pun masih seperti sebelum pilihanraya. Lawatan kesetiap kampung di buat. Tidak kurang juga dengan kenduri kesyukuran di adakan di setiap surau di kawasan mereka. dan ucapan terimakasih kepada yang telah memilih nya .

Setelah setahun berlalu segalanya nampak berubah, YB mula tidak tinggal di daerah di mana mereka menang dalam pilihan raya, YB sudah mula tidak dapat hadir di majlis-majlis kenduri terutamanya kendiri kahwin, YB sudah tidak dapat merasmikan acara-acara rasmi yang di jalankan oleh pihak sekolah.

 Terkadang YB hanya menghantar wakil saja untuk acara di kawasan yang di menangi nya. RAkyat dah mula mengeluh dengan apa yang di janjikan semasa sebelum pilihanraya. YB hanya melihatk kemajuan kawasan nya melalui laporan yang diberikan oleh pekerja DUN. akibatnya banyak laporan yang di berikan tidak tepat dengan kejadian sebenar.

Besambung....


Selasa, 9 Disember 2014

Malaysia ibarat "Sanggar panas"

Semalam saya baru balik dari ibu negara Kuala Lumpur. keindahan nya memang tiada tandingan  jika di bandingkan dengan tempat di mana saya dilahirkan dan di besarkan iaitu Tawau Bumi Peladang. Kaki masih terasa lenguh dan batang leher masih terasa sakit dek kerana melihat bangunan-bangunan pencakar langit yang tersergam indah dan di hiasi dengan lampu-lampu neon yang begemerlapan. Mataku juga masih terasa pedas dan merah kerana terlalu memerhati gelagat anak-anak remaja dan cara mereka berpakaian yang bagiku sangat asing jika di bandingkan dengan kampung ku yang saya cintai.

Sedikit persoalan yang bermain di kotak fikiran ku sehingga kini ialah kebanjiran warga asing yang ada di ibu negara. Mereka telah menguasai semua sektor pekerjaan seperti, pelayan kedai kopi, gedung-gedung membeli belah, pencuci dan segala macam pekerjaan  yang ada di ibu negara ini. HAti ku bertanya lagi, kenapa semua ruang-ruang pekerjaan ini diisi oleh mereka,? 





Sebagai contoh di kampung ku ada lima peniaga kecil yang menjual pisang goreng atau lebih di kenali sebagai sanggar. Daalam kesemua peniaga tersebut hanya satu saya yang sering mendapat permintaan tinggi dan apabila saya bertanya kepada pembeli , apakah yang menyebabkan mereka sanggup berbaris untuk membeli di situ sedangkan ada lagi peniaga yang lain????? Dengan bangganya mereka berkata sanggar disini sedap, panas dan sentiasa memenuhi kehendak kami sebagai penggemar pisang goreng atau pun sanggar.

Kesimpulan nya di sini walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang kecil jika di bandingkan dengan negara asia yang lain, ia juga memberikan peluang kepada penduduk tempatang dan warga asing dalam mencari rezeki di bumi MAlaysia. Siapa yang bijak dan rajin merebut peluang maka mereka lah yang dapat ganjaran nya. Walaupun apa yang di kata tentang MAlaysia hati ku tetap berkata MAlaysia adalah segalanya, Malaysia adalah lubuk emas untuk semua. Saya mendoa kan semoga MAlaysia terus aman makmur dan sentosa di bawah pemerintahan kerajaan yang sedia ada kini.

Tanpa aku sedari aku juga sudah boleh menentukan status kewarganegaraan seseorang bukan saja melalui mata tapi melalui  pernafasan saya juga boleh menentukan nya walaupun tidak 100 % tepat....he.hehe..

Isnin, 1 Disember 2014

Solidariti

Masalah ekonomi rumah tangga
Teras asas dalam perisytiharan tersebut adalah isu ekonomi yang diulas melalui konsep “solidariti ekonomi”. Intisari perisytiharan tidak perlu diulangi di sini, namun saya ingin mengupas sedikit tentang tema yang boleh dikatakan menjadi “jiwa” yang menyelubungi jasad yang dipanggil Deklarasi Shah Alam ini.
Sesungguhnya tanggungjawab sesebuah kerajaan adalah untuk memastikan kualiti hidup yang selesa dan sejahtera bagi rakyatnya.
Ini bermaksud kehidupan yang tidak dibebani hutang yang melampau, serta pendapatan yang memadai untuk membina rumahtangga dengan segala kelengkapan asas seperti rumah, kereta dan pendidikan anak-anak. Dalam erti kata lain, kesejahteraan ekonomi rakyat hendaklah dipelihara.
Namun begitu, keadaan semasa di negara kita lebih indah khabar dari rupa. Walaupun diberitahu bahawa pertumbuhan ekonomi sedang giat berkembang melalui Modal Ekonomi Baru (NEM) dan program-program serpihannya seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA), tetapi hakikatnya Malaysia merupakan negara di mana purata pendapatan rakyat adalah terlalu rendah dan sudah lama terbantut.
Lebih kurang 40 peratus keluarga di Malaysia mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,500 sebulan. Tiga perempat daripada angka itu merupakan keluarga Bumiputera. Ini ditambah pula dengan nisbah bayaran hutang isi rumah (debt service ratio) yang dilaporkan berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010.
Ini bermakna bahawa keluarga tipikal di Malaysia secara lazimnya akan menggunakan setengah daripada jumlah pendapatan suami isteri untuk tujuan pembayaran hutang rumah, kereta, pendidikan dan sebagainya. Siapakah yang larat hidup dalam keadaan sebegini?
Jurang pendapatan pula semakin meluas. Jumlah pendapatan 40 peratus golongan terbawah masyarakat kita hanya merangkumi 14.3 peratus daripada jumlah pendapatan negara, manakala golongan 20 peratus yang teratas pula mengaut 50 peratus ataupun setengah daripada jumlah pendapatan seluruh negara. Yang kaya makin raya dan yang papa makin kedana.
Di sini, konsep solidariti ekonomi disajikan untuk penyelesaian kemelut yang melanda. Istilah ini berpunca daripada prinsip asas demokrasi sosial yang menjadi ideologi tunjang bagi parti DAP, iaitu prinsip solidariti ataupun kesetiakawanan.
Dalam konteks ekonomi, solidariti bermaksud kesetiakawanan di antara kaya dengan miskin, bandar dengan luar bandar, kapitalis dengan marhaen. Dalam erti kata lain, ia berkisar pada pengagihan hasil yang lebih saksama.
Singapura maju tapi rakyatnya tak puas hati
Kegagalan untuk mengamati konsep solidariti ekonomi dalam dasar kerajaan akan membawa padah kepada kerajaan tersebut. Saya ingin menggunakan negara Singapura sebagai contoh yang jelas.
Walau pun ditakrifkan sebagai negara maju dengan pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan ekonomi yang jauh meninggalkan negara-negara jirannya, pilihan raya umum serta pemilihan presiden yang diadakan tahun lepas telah menghasilkan keputusan yang paling teruk pernah dialami oleh parti pemerintah.
Bukan sahaja seorang menteri kanan telah kecundang dalam pertandingan untuk sebuah Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC), malah calon yang disokong parti pemerintah untuk jawatan presiden hanya berjaya mengatasi lawannya dengan beza undi popular kurang daripada 1 peratus sahaja. Suatu keputusan yang sungguh tidak disangka buat parti yang telah memerintah sejak tahun 1965.
Bagaimanakah boleh sampai ke tahap begitu, terutama sekali bagi sebuah kerajaan yang telah membawa kemakmuran dan kemajuan yang di luar jangkaan ramai sejak dizahirkan kurang daripada 50 tahun dahulu?
Negara yang keluasannya hanya setengah daripada saiz seluruh negeri Pulau Pinang itu mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang tiga kali ganda KDNK Malaysia. Pertumbuhan ekonominya pula telah mencatat 14.5 peratus pada tahun 2010. Di samping itu, berpuluh-puluh ribu peluang pekerjaan baru telah diwujudkan dalam tempoh tahun-tahun yang lepas ini.
Begitu pesat pembangunan yang berlaku di Singapura, namun rakyatnya tidak berasa puas hati. Mengapa?
Pokoknya, krisis kerajaan Singapura telah berlaku akibat ketiadaan solidariti ekonomi dalam dasar pengagihan hasilnya. Pembangunan dan keuntungan yang dicapai hampir kesemuanya dibolot golongan kapitalis elit, sementara rakyat di bawah hanya berdaya untuk mengutip saki bakinya.
Sungguhpun KDNK per kapita berada di tahap yang cukup mengkagumkan, sebenarnya pendapatan golongan 30 peratus terbawah telah mengalami susutan dalam tempoh 5 tahun yang lepas, sementara kelas menengah pula telah menampakkan peningkatan pendapatan nominal sebanyak 1 peratus sahaja.
Ini bermakna bahawa segala pertumbuhan ekonomi yang dijana dalam beberapa tahun yang lepas ini semuanya bertumpu kepada golongan kapitalis elit. Peluang-peluang pekerjaan yang diwujudkan pula rata-rata dipenuhi oleh pekerja-pekerja asing daripada China dan Filipina.
Apabila tiada solidariti ekonomi
Akhirnya, tanpa solidariti ekonomi, yang menikmati kejayaan dan keuntungan adalah kelas atasan dan warga asing, sementara rakyat jelata Singapura terpaksa menanggung inflasi serantau dan beban kenaikan kos sara hidup.
Kita harus berhati-hati kerana negara kita sedang mengikuti jejak langkah negara jiran di selatan itu. Matlamat Modal Ekonomi Baru adalah untuk menggandakan KDNK per kapita daripada USD7,000 kepada USD15,000.
Untuk mencapai matlamat itu, pelbagai projek dicanangkan di bawah naungan Program Transformasi Ekonomi yang dikatakan sudah berjaya menerima pelaburan berjumlah lebih daripada seratus bilion ringgit dengan kewujudan hampir 300,000 peluang pekerjaan.
Namun rakyat ingin bertanya, kepada siapakah perginya pelaburan itu dan adakah peluang pekerjaan itu akan menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk rakyat jelata?
Unjuran pertumbuhan ekonomi hanyalah angka kosong jika ia tidak berjaya mengurangkan jurang pendapatan dan memastikan kesejahteraan rakyat.
Oleh itu, dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar ini, solidariti ekonomi menjadi penawar. – Roketkini.com 15/Jan/2012