Perasaan ku masih lagi terkejut dengan kejadian yang sangat menyayat hati. Tempat permainan suatu ketika dulu dan tempat persandingan ku, kini sudah tiada yang hanya tinggal tiang-tiang bulian yang menjadi asas dan tanda tempat ini pernah menjadi penempatan dan tempat tinggal yang dinamakan Kampung Titingan Blok 7. Ianya lenyap dalam sekelip mata dek kerana seseorang yang tidak dapat mengawal emosi diri dan pada saya sudah lari dari jalan allah sehinggakan menyusahkan kesemua 62 keluarga mangsa yang menetap di kampung ini.
Tidak dapat di nafikan akan risiko kejadian akan mudah berlaku di kawasan seperti ini dengan sistem pendawaian eletrik yang tidak teratur dan keadaan rumah yang sangat rapat menyebabkan jika ada kejadian kebakaran berlaku ianya akan cepat merebak dan akan melibatkan banyak rumah dan mangsa.
Tahniah di ucapkan kepada Jabatan-Jabatan yang berkenaan seperti PDRM JPAM, BOMBA,Tentera dan semua yang membantu termasuk Jabatan yang menyelaras bantuan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Ketua Menteri dan Umno BHGN Tawau yang awal-awal lagi sudah ada di lokasi untuk memantau dan memungut data untuk tujuan menyalurkan bantuan sementara kepada mangsa.
Pada pemerhatian saya hanya ada Pemimpin Balung (DAtuk Nizam DSP Hj Abu Bakar Titingan) Pemimpin yang paling pertama ada di lokasi untuk berjumpa dengan mangsa dan seterusnya memberikan sedikit sumbangan peribadi untuk mangsa, walaupun tidak banyak tetapi ianya boleh di gunakan untuk membeli keperluan harian untuk beberapa hari.
Saya mendoakan semoga mangsa tabah dengan ujian dari allah dan di harapkan dalang yang menyebabkan kebakaran kali ini mendapat hukuman yang setimpal.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan