Ahad, 9 Ogos 2015

BERAS NASIONAL , RESTORAN BESAR PUN GUNA UNTUK PERNIAGAAN

Seharian saya mencari Beras Nasional yang di katakan murah dan mendapat subsidi kerajaan. Dengan spesifikasinya 15 % beras hancur dan dengan harga yang tertera RM 18.00 pada setiap bungkusan  membuatkan ianya menjadi pilihan bagi mereka yang kurang mampu.

Timbul beberapa keburukan dan dan ketirisan dalam memastikan ianyanya betul-betul sampai kepada mereka yang memerlukan dan betul-betul layak di antaranya ialah:

1. Pihak PTI
mereka bekerja dimana-mana termasuk sektor pembinaan. cuba kamu check dapur mereka berapa banyak karung mereka beli dan dijual balik.

2. Restoran
Peniaga supermarket atau mini supermarket dengan terang-terang mengaku bahawa semua beras nasional yang ada sudah di tempah (booking) terutama dari pengusaha restoran. Dikatakan restoran India/kaling yang paling banyak menempa. Tapi restoran melayu dan cina pun tak terkecuali. Pernah saya makan di restoran cina dan stor simpanan beras semuanya jenama beras nasional. Benar atau tidak serbuan saja yang dapat membuktikan. Dikatakan juga bahawa peniaga menaikkan sebanyak 50 sen dan ke atas. Bermaksud beras dijual dari harga RM 18.50 dan ke atas.

3. Orang CIna kaya
Ini saya tak pasti tetapi merekapun tak terkecuali. Mereka dihantar terus ke rumah oleh pihak tertentu.

Jika kamu masuk ke kampung tertutama pitas, kudat, kota marudu dan mungkin kampung lain juga didapati mereka tak pernah menikmati kemudahan harga beras nasional. dikatakan bahawa setiap kali mereka ke kedai kesemua beras nasional sudahpun di tempa.

Mari kita bincangkan dan dan masukkan kesemua aduan berkaitan dengan beras nasional termasuk kaedah yang patut kerajaan laksanakan.

Sumber:disini

Jika sumber diatas adalah benar , apakah tindakan yang pihak berkuasa ambil kerana apa ayng kerajaan hasratkan tidak sampai kepada golongan yang disasarkan.


1 ulasan :