Selasa, 14 April 2015

PRK P 44 Permatang Pauh, PR akan tewas!!

Pi Mai Pi Mai Tang tu, mungkin itu yang sesuai di gambarkan  dengar P 44 Parlimen Permatang Pauh. Dalam tempoh 1982 sehingga 2015 sudah 9 kali pilihanraya di adakan  termasuk yang akan berlansung tidak lama lagi kerana Anuar Ibrahim telah di sabitkan bersalah di Mahkamah dan  secara automatik kelayakan nya sebagai Ahli Parlimen terlucut.

Analisa ringkas yang dapat kita lihat  sejak Anuar Ibrahim menjadi Calon iaitu bermula pada tahun 1982 sehingga  1995 di atas tiket Umno iaitu 4 kali pilihan raya menunjukkan Anuar  menang kesemua Pertandingan  berkenaan. Yang menarik nya beliau mengalahkan Calon dari PAS pada 3 pilihanraya dan 1 mengalahkan calon DAP.


  1. 1982- Datuk Seri Anuar Ibrahim Menang dengan mejoriti  14,352 mengalahkan calon PAS  Zabidi Ali
  2. 1986-Datuk Seri Anuar Ibrahim menang dengan mejoriti 10,479 mengalahkan calon PAS Muhamad Sabu 
  3. 1990 Datuk Seri Anuar Ibrahim Menang dengan mejoriti 16,150 mengalahkan calon PAS MAhfus Omar
Jika di lihat dari ketiga-tiga keputusan pilihan raya ini , bermakna ada 13,660 ahli yang tegar dan sentiasa mengundi Calon daripada PAS.

Setelah Anuar di pecat dari UMNO kita lihat pula mejoritinya sebagai Calon PKR.

  1. 1999- Wan Azizah Wan Ismail menang mengalahkan Dato' Dr Ibrahim Saad dengan mejoriti 9,077
  2. 2004- Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menang mengalahkan Dato' Pirdaus Ismail dengan mejoriti 590.
  3. 2008- Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menang mengalahkan Dato' Pirdaus Ismail dengan mejoriti 13,388.
  4.  2008(k)- Datuk Seri Anuar Ibrahim menang mengalahkan Dato' Arif Syah Omar Syah dengan mejoriti 15,671
  5. 2013- Datuk Seri Anuar Ibrahim menang mengalahkan Dr.Mazlan Ismail dengan mejoriti 11,721.
Secara purata dari 5 kali pilihanraya yang di jalan kan PKR mempunyai kelebihan sebanyak 10,089 undi untuk mengalahkan calon Barisan nasional.

Data menunjukkan ada kira-kira 13,660 pengundi PAS yang sentiasa mengundi PAS . Kalaulah pengundi berkenaan bertukar arah dan mengundi BN pada pilihan raya kecil kali ini, PKR akan bungkus. Ini di kuatkan lagi dengan pendirian PKR ke atas enakmen Hudud yang baru di bentangkan di DUN Kelantan baru-baru ini.

Kita tunggu dan lihat Kesudahan nya.

Khamis, 9 April 2015

"Stateless" bertauliah di Sabah !!

Indahnya pemandangan di Sabah, mungkin itulah yang terlintas di fikiran setiap pengunjung, pelancong dan penduduk yang ada di negeri ini. Umum mengetahui Sabah menjadi tumpuan utama kepada pelancong-pelancong dari Korea dan Jepun dan beberapa negara Eropah untuk di kunjungi.

Kepada yang tidak pernah melihat situasi seperti gambar di atas, pelbagai persoalan yang mungkin akan timbul di benak fikiran mereka.! Perbagai andaian yang di buat . 

Siapa mereka ini? Adakah mereka anak yang tidak mempunyai Ibubapa? Adakah mereka mangsa kepada bencana alam?

Mereka ini ada lah golongan stateless yang banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Sabah. Mereka dapat di lihat di kawasan bandar-bandar utama iaitu,Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Kenapa di katakan stateless? Setahu saya mejoriti daripada mereka tidak punyai dokumen pengenalan diri  seperti kad pengenalan sebagai mana yang rakyat Malaysia miliki. Mereka juga tinggal dan menetap di kawasan pantai dan mejoritinya tinggal di atas air. DAn kebanyakkan dari mereka di lahirkan di Sabah

Kalau di lihat komuniti ini sudah bertambah dengan pesatnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  Kebanyakan dari mereka juga tidak mempunyai pendidikan yang formal seperti anak-anak sebaya mereka yang lahir di Malaysia dan punyai pengenalan diri.

Kemana hala tuju  mereka?

Tunggu kupasan selanjutnya.