Pusat internet 1 Malaysia satu lagi inisiatif kerajaan untuk menjadikan penduduk di kampung-kampung celik dalam bidang IT. Dengan adanya jalur lebar ini orang kampung dapat menerima maklumat dengan cepat dan tepat.
Sepanjang perjalanan saya dari Sandakan menuju ke Kota Kinabalu, hampir tiga ke lima buah papan tanda yang bertulis Jalur Pusat 1 Malaysia. Ini bermakna jalur lebar telah tersedia di hampir semua pelusuk kampung. Persoalan saya adakah pusat jalur lebar ini berfungsi, adakah penduduk kampung telah pun di berikan latihan untuk ber "on-line" menggunakan jalur lebar.
Saya sangat-sangat berharap ianya bukan sekadar menjadi penyedap mata dan mencantikkan dokumen sedangkan pada hakikat nya ianya lansung tidak membantu penduduk sekitar !!!
Indahnya kalau pekebun sayur di kampung-kampung dapat mencari maklumat dengan segera melalui jalur lebar berkenaan dengan tanaman mereka , indahnya jika anank-anak kampung dpat mengisi borang SPA 8 melalui kemudahan ini tanpa kebandar yang memerlukan kos yang tinggi,,
Dan adalah sesuatu yang sangat tidak indah jika kemudahan ini di gunakan untuk melihat gambar-gambar yang tidak sepatutnya higga merosakkan etika dan moral anak-anak muda kampung..
Setiap sesuatu yang di berikan pasti ada baik dan buruk nya , tinggal dari kita saja yng menilai mana yang baik dan mana yang buruk...
Salam sabtu dariku yang tengah mengembara dari sandakan ke bandararaya Kota Kinabalu.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan