Sabtu, 29 November 2014

Jalur Lebar 1 Malaysia

Pusat internet 1 Malaysia satu lagi inisiatif kerajaan untuk menjadikan penduduk di kampung-kampung celik dalam bidang IT. Dengan adanya jalur lebar ini orang kampung dapat menerima maklumat dengan cepat dan tepat.

Sepanjang perjalanan saya dari Sandakan menuju ke Kota Kinabalu, hampir  tiga ke lima buah papan tanda yang  bertulis Jalur Pusat 1 Malaysia. Ini bermakna jalur lebar telah tersedia di hampir semua pelusuk kampung. Persoalan saya adakah pusat jalur lebar ini berfungsi, adakah penduduk kampung telah pun di berikan latihan untuk ber "on-line" menggunakan jalur lebar.

Saya sangat-sangat berharap ianya bukan sekadar menjadi penyedap mata dan mencantikkan dokumen sedangkan pada hakikat nya ianya lansung tidak membantu penduduk sekitar !!!


 Indahnya kalau pekebun sayur di kampung-kampung dapat mencari maklumat dengan segera melalui jalur lebar berkenaan dengan tanaman mereka , indahnya jika anank-anak kampung dpat mengisi borang SPA 8 melalui kemudahan ini tanpa kebandar yang memerlukan kos yang tinggi,,

Dan adalah sesuatu yang sangat tidak indah jika kemudahan ini di gunakan untuk melihat gambar-gambar yang tidak sepatutnya higga merosakkan etika  dan moral anak-anak muda kampung..

Setiap sesuatu yang di berikan pasti ada baik dan buruk nya , tinggal dari kita saja yng menilai mana yang baik dan mana yang buruk...

Salam sabtu  dariku yang tengah mengembara dari sandakan ke bandararaya Kota Kinabalu.

Khamis, 27 November 2014

Dilema flet PPR

Flet PPR adalah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan yang tidak mampu untuk memiliki rumah untuk . Flet ini di sediakan untuk memudahkan  penduduk terutamanya di kawasan bandar untuk menyewa sementara menunggu untuk mendapatkan rumah kediaman sendiri.

TApi malangnya senario yang kita lihat kini ianya telh jauh ber beza dari matlamat asal, sebagai contoh  

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1562559447300551&set=gm.723053881108431&type=1

rintihan dri beberapa orang yang sangat-sangat memerlukan rumah sementara tetapi tidak kesampaian.



Ada diantara penyewa menyewakan lagi kepada pihak ketiga. Ini tambah memberikan beban kepada mereka-mereka yang tidak mampu.