Isnin, 4 Disember 2017
Liputan istimewa dari tawau Menjerit sempena PRU 14 untuk P190 dan 191
Selamat pagi salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Menjelang PRU yang ke 14 bakal menjelma tidak berapa lama lagi saya sebagai admin Tawau Menjerit ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat berkempen dan selamat melobi untuk semua bakal-bakal calon yang berhasrat untuk bertanding dan mencuba nasib pada pemilihan berkenaan.
Sememangnya pertandingan kali ini menjanjikan persaingan yang sangat sengit bagi semua Parti yang bakal bertanding samada di parti kerajaan maupun di parti pembangkang. Untuk ulasan dan laporan sebelum dan semasa PRU 14 nanti kami di barisan Admin akan memberikan fokus yang sepenuhnya kepada dua kawasan parlimen iaitu P190 Tawau dan P191 kalabakan.
Kepada para membaca yang ingin memberikan sebarang maklumat dan sebagainya adalah dialu-alukan untuk menghantar mesej peribadi melalui akaun FB Tawau menjerit, Untuk pengetahuan, segala maklumat ada lah bersifat peribadi dan ianya sudah pasti akan di jaga kerasiaan nya dan nama serta peribadi pemberi maklumat berkenaan.
Selamat melobi dan selamat berkempen untuk PRU 14.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)