Kalau sebegini lah yang di amalkan oleh pihak pengurusan Majlis Perbandaran Tawau sudah pasti ekonomi penduduk-penduduk Tawau dapat di tingkatkan walau dengan hanya berjaja ataupun berniaga secara kecil-kecilan. Ianya akan dapat menyediakan sumber ekonomi kepada peniaga yang ada di sekitar daerah Tawau. Ianya juga akan merancakkan dan meningkatkan hasil pendapatan sesebuah PBT.
Seperti yang dapat saya perhatikan pihak berkuasa tempatan iaitu MPT sentiasa mengganggu peniaga-peniaga kecil yang sedang mencari makan dengan berniaga secara kecil-kecilan di tepi-tepi kedai dan di tepi-tepi jalan dengan menyita dan merampas semua barangan mereka.
Tidakkah pihak Majlis Perbandaran Tawau mempunyai satu idea yang kreatif untuk menangani permasalahan ini dalam situasi yang menang-menang diantara PBT dan peniaga yang di anggap haram. PBT akan mendapat hasil kutipan dan peniaga pula akan berniaga dengan tenang tampa sebarang gangguan!!
Ironinya perkara sebegini tidak akan berlaku kerana apa yang saya dapat perhatikan mereka tak mahu memberikan peluang kepada peniaga-peniaga ini untuk mencari makan secara yang halal dan di restui oleh phak PBT. Peniaga yang dikatakan haram oleh MPT hanya mampu pasrah walaupun risiko untuk mereka ditangkap sangat tinggi. Tetapi atas desakan hidup pekerjaan terpaksa di teruskan di dalam keadaan okonomi yang tidak menentu kini.
Alangkah indahnya jika PBT mempunyai perasaan yang sama dengan apa yang dirasai oleh menteri Besar Negeri Sembilan. Memberikan peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu menambahkan perniagaan suami dan seterusnya melesenkan serta mendokumenkan semua peniaga ini .
Apa yang dapat saya perhatikan kewujudan pasar-pasar malam telah mampu menggalakkan pelancungan dalaman dan ianya juga telah merancakkan ekonomi setempat dan yang paling penting peniaga-peniaga kecil mendapat pulangan dan seterusnya dapat menyara keluarga dan membiayai persekolahan anak-anak mereka.
Jika masih ada ruang ataupun sifat kemanusian yang dimiliki oleh pihak yang berwajib, fikirkanlah jalan yang terbaik dalam membantu mereka-mereka yang terlibat dalam situasi yang harmoni dan akan membuatkan semua pihak berasa menang dan puas dalam perkara ini.