Isnin, 28 September 2015

Hari bertemu pelanggan Majlis Perbandaran TAwau

Kepada rakan-rakan yang perihatin dan menghadapi masalah ketika berurusan dengan MPT anda dialu-alukan datang pada majlis  seperti di bawah:


Kongsikan lah apa saja yang masalah yang dihadapi  seperti :

Parit tersumbat, penjaja haram, penjual rokok haram, makanan haram yang tidak berdartar dengan Majlis Perbandaran Tawau.

Jumpa di sana

Isnin, 14 September 2015

Tapak niaga sementara di miliki Ahli Kaunselor Majlis Perbandaran Tawau, Betul kah?

Tawau Oh Tawau,

Semalam sempat lepak di salah sebuah kedai kopi ataupun kedai mamak yang agak popular yang ada di sekitar daerah Tawau. Dalam tengah minum bersendirian aku terdengar satu dailog dari meja sebalah yang berbunyi.

"hairan aku gerai-gerai dan tapak niaga sementara ada yang di miliki oleh "Kaunselor MPT". Senanglah kalau jadi ahli Majlis segala keputusan diputuskan oleh ahli majlis, Bermakna sendiri punya permohonan sendiri kasih lulus"

Adakah ini benar-benar terjadi , tunggu akan kupasan selanjutnya.