Semalam sempat menjejakkan kaki kesebuah Bank yang berada di sekitar daerah Tawau. Tujuan sebenar hanya lah untuk memeriksa akaun saya yang sudah beberapa tahun tidak di "Up-date". Saya terjekt melihat akan keadaan Bank yang agak sesak.
Dari pemerhatian kasar saya kebanyakkan yang ada dan sedang berurusan adalah dari golongan remaja. Saya sempat bertanya kepada seorang adik yang sedang menunggu nomber giliran dan dia menyatakan sedang membuka akaun untuk pendaftaran ke universiti. Saya sempat mengucapkan tahniah kerana tumpang gembira di atas pencapaian seorang melayu dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi.
Di samping kegembiraan yang di rasai oleh bakal geraduan tersebut terdapat banyak lagi pelajar yang tidak dapat mendaftarkan diri untuk belajar di universiti. Menurut pelajar berkenaan hanya 40 % sahaja dari pelajar sekelasnya yang dapat tawaran dan selebih nya gagal dalam permohonan mereka.
Dari statistik kasar sebegini, kemana kah arah 60 % pelajar yang gagal mendapatkan tempat di universiti tempatan? Apakah yang mereka harus lakukan setelah gagal dalam permohonan pertama? Adakah bantuan dari pihak-pihak yang berwajib dalam mengatasi permasalahan ini?
Di dalam perkara ini saya ingin menarik perhatian dari mereka-mereka yang mepunyai Jawatan yang berkaitan dengan pendidikan dan belia di daerah Tawau. Di dalam pendidikan Tawau memilih seorang Pembantu Menteri iaitu YAB Datuk Mary Yap,Ahli PArlimen Belia dan wakil belia di dalam PBT Tawau.
Apakah yang boleh kalian bantu para pelajar berkenaan untuk membolehakan mereka tidak tercicir dalam arus pendidikan negara? Apakah yang kalian boleh bantu dengan status dan keduduan yang kalian ada untuk membantu anak-anak Tawau?
Sesungguhnya mereka-mereka inilah yang bakal mentadbir Daerah Tawau ini di masa akan datang, jika tak di berikan peluang ataupun di berikan bantuan sudah pasti Daerah Tawau akan kerugian dari segi sumber manusia untuk memastikan TAwau menjadi sebuah daerah yang membangun dari segi pasaranah, ekonomi dan sosial.