Jumaat, 29 Mei 2015

Penguatkuasa MPT tidur !!!

Sudah hampir sepuluh tahun saya tidak menjejakkan kaki ke stesen Bas yang menjadi nadi kepada kepesatan pembangunan daerah Tawau. Jika dahulu disinilah tempat perjumpaan utama bersama rakan-rakan. Restoran yang suatu ketika dahulu menjadi tempat makan dan minum masih lagi wujud tapi kelihatan nya pengurusannya macam sudah berbeza.

Melihat akan senario panorama indah  dan pelbagai gelagat dari  mereka yang berada di situ , hati ku tertarik denga beberapa penjual rokok kretek haram yang berniaga secara terbuka. Dengan berbekal kan bangku dan meja mereka duduk dan mempamirkan rokok-rokok kretek jualan mereka.

 Agak senang dan menguntungkan kerana dari pemerhatian saya dalam tempoh 10 minit saja hampir 5 kotak rokok dapat di jual. Kalaulah untung setiap peket rokok bersamaan dengan RM 0.50 bermakna untung peniaga dalam setiap 10 minit ialah RM 5.00.  Huhhhhhhh sejam RM 60.00 !!!!

Setahu saya di setiap PBT akan ada pasukan pemantau ataupun penguatkuasa yang menyelaras semua aktiviti perniagaan . Kenapakah mereka ini bebas berniaga di kaki-kaki lima tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa?

Di manakah pihak berkuasa yang di upah untuk mengawal segala perniagaan haram  di daerah ini ?

Bersambung...........