Sakka, bukanlah nama sebenar, di lahirkan di sebuah ladang kelapa sawit kira-kira 25 tahun yang lalu. Ayahnya merupakan seorang warganegara Indonesia dan menggunakan paspot Indonesia untuk berkerja dan tinggal sementara di negeri Sabah. Ibu nya pula merupakan seorang warganegara Philippines dari suku kaum Suluk dan telah tinggal menetap di Sabah hampir 30 tahun.
(Hanya gambar hiasan)
Sakka merupakan anak pertama dari pada 10 orang adik beradik dan mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah kerajaan yang terletak di daerah Tawau. Seperti biasa kanak-kanak di Sabah mereka akan dapat pendidikan yang sama rata dengan warga tempatan. Bukan sahaja pendidikan yang sama rata mereka juga layak mendapat segala kemudahan yang sekolah berikan termasuk kasut, baju, seluar dan susu untuk murid sekolah.
Dengan hanya menggunakan Surat beranak atau lebih di kenali sebagai "Surat kelahiran" di kalangan orang-orang Sabah , ianya di gunakan sebagai dokumen pengenalan diri Sakka untuk apa-apa jua urusan yang di buat. Pernah suatu ketika, sewaktu budi berusia 12 tahun dia pernah cuba untuk mendaftar dan mendapatkan kad pengenalan Malaysia tapi malangnya permohonannya di tolak kerana dokumen sokongan nya tidak lengkap.
(Hanya gambar hiasan)
Kini Sakka sudah pun berumahtangga. Dia berkahwin dengan seorang warga Indonesia yang juga hanya pemegang surat beranak. Hasil perkahwinan telah mendapatkan seorang zuriat lelaki yang di beri nama" Budi". Anak yang baru di lahirkan tidak lansung mempunyai pengenalan diri. Maklum saja sewaktu dia masih dalam kandungan ibunya tidak pernah mengunjungi klinik kesihatan ibu dan anak untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.
Kini Sakka dah di panggil dengan nama "Bapak Budi" sempena dengan nama anak pertamanya. Selalunya nama seseorang akan di panggil dengan nama anak pertama, itulah amalan yang selalu digunakan oleh golongan pekerja-pekerja Indonesia yang ada di Sabah.
Sekarang "Bapak Budi" semangkin tertekan dengan kelahiran anak nya yang lansung tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Bapak Budi hanya bekerja sebagai buruh di sebuah ladang kelapa sawit dan mereka di jadikan seperti hamba di bumi kelahiran mereka. Mana tidak nya mereka di bayar dengan gaji yang sangat murah. Toke nya cakap " Kalau tilak mau keleya bilinti lah, atau kau macam-macam aku pangil polis." Mahu tidak mahu dia teruskan juga penghidupan walaupun tertindas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Bapak Budi adalah salah seorang daripada puluhan ribu penduduk yang ada di Sabah bergelar "Stateless". Mereka ini juga yang akan membayar GST yang akan di mulakan pada 1 april 2015. Mereka juga ini yang akan jadi seperti penjenayah kerana sentiasa takut dengan pihak berkuasa dan selalu di manipulasi oleh pihak-pihak yang mengambil kesempatan.
Apa yang membimbangkan penulis ialah telah ada generasi ketiga yang lahir di Sabah dan lansung tidak mempunyai pengenalan diri. Mereka ini bukan rakyat Indonesia, mereka bukan rakyat Philippines dan mereka juga bukan rakyat Malaysia. Sampai bila kah generasi "Bapak Budi" akan dapat di dokumen kan atau di rekodkan bagi memudahkan pihak kerajaan memantau dan meguruskan perkara ini.
Generasi ke tiga statelees sudah di lahirkan tidak mustahil generasi seterusnya akan muncul dan ini tambah merumitkan pihak kerajaan untuk memantau dan menguruskan nya.
Salam dari "Bapak Budi".